Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Media Sosial dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam

Rosli, Muhammad Tasnim and Muniandy, Yogenathan and Jasmi, Kamarul Azmi (2019) Media Sosial dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam. In: Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), 15hb. Disember 2019, DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
475kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/339400953...

Abstract

Teknologi moden banyak memberi kesan kepada perubahan dunia baik dari segi ekonomi, politik dan sosial. Jika dahulu kanak-kanak atau remaja mengunakkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti bermain di luar rumah, berbasikal dan sebagainya tetapi masa kini berubah yang mana remaja dan kanak-kanak ketagihan media sosial terdedah kepada penggunaan pelbagai peralatan teknologi seperti televisyen, internet, komputer, telefon pintar serta permainan video. Perkembangan zaman yang pesat menyebabakan masyarakat terutamanya remaja pada masa kini berlumba untuk menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Media sosial merupakan salah satu media yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat kini. Media sosial dari masa ke masa semakin digemari oleh masyarakat global kerana mempunyai pelbagai keunggulan berbanding dengan media lainnya. Secara purata, kanak-kanak menghabiskan masa selama lapan jam sehari menggunakan peralatan teknologi tersebut, menyebabkan perkembangannya dipengaruhi oleh sumber teknologi yang terdapat dalam kehidupannya. Dengan teknologi yang canggih seperti smartphone dan jaringan internet, ia menjadi makanan harian kepada masyarakat terutamanya remaja pada era globalisasi ini. Mereka terlalu obsess dengan media sosial yang boleh memberi impak kepada tingkah laku mereka. Hal ini haruslah dipandang serius kerana remaja merupakan asset penting kepada masa depan negara. Kesimpulannya, media sosial banyak memberi kesan yang negatif kepada pelajar. Oleh itu, kesedaran yang tinggi perlu diterapkan kepada remaja bagi membendung masalah tingkah laku sosial. Penulisan ini bertujuan untuk mengetahui media sosial dan impak tingkah laku menurut Islam. Kaedah kajian ialah kepustakaan. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan media sosial yang tidak terkawal memberi kesan negatif kepada tingkag laku remaja. Oleh itu, beberapa pihak haruslah berganding bahu menanggani masalah sebelum nasi manjadi bubur.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Media sosial, impak, tingkah laku, teknologi moden
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:85051
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:01 Mar 2020 03:49
Last Modified:01 Dec 2020 08:04

Repository Staff Only: item control page