Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mahasiswa dan pengurusan masa

Mohamad, Ahmad Marzuki and Zahar, Ahmad Razlan and Nasir, Mohd. Kamal (2015) Mahasiswa dan pengurusan masa. In: Mahasiswa dan Kehidupan Menurut Perspektif Islam: Pengurusan Efektif untuk Berjaya Jilid II. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 43-57. ISBN 978-983-52-1041-9 (Submitted)

[img] PDF (Cover)
41kB

Abstract

Dari segi bahasa, masa bermaksud zaman, saat dan detik sementara dari segi istilah pula bermaksud tika waktu atau zaman yang dilalui oleh individu ketika menjalankan kehidupan. Kamus Dewan (2005) menjelaskan bahawa masa bererti waktu, ketika, jangka waktu yang agak lama atau jangka waktu yang tertentu. Sementara Times Kamus Dwibahasa (2005) pula memberi pengertian yang lebih luas mengenai perkataan masa dengan memberikan makna sebagai ‘time’ atau ‘era’ atau ‘period’ atau ‘epoch’ (zaman). Pengurusan masa adalah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu merancang, mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya secara yang terbaik. Mengikut pandangan Islam, masa amat bernilai dan penting dalam kehidupan manusia kerana masa adalah amanah dari Allah SWT. Masa merupakan antara nikmat dan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia yang seharusnya disyukuri (Al-Ghazali, t.th.; Al-Nawawi, 2007b).

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:student life, time management
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:45443
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:20 May 2015 01:28
Last Modified:20 May 2015 01:28

Repository Staff Only: item control page