Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konsep Fardu Kifayah untuk Keharmonian dan Kerukunan Masyarakat Islam

Rahasdin, Razin Riyadhuddin and Mohd Saufi, Mohd Suherlin Azwan and Bushrah, Basiron (2019) Konsep Fardu Kifayah untuk Keharmonian dan Kerukunan Masyarakat Islam. In: Seminar Institusi Islam 2019, 18 Ogos 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
19MB

Abstract

Islam merupakan satu cara hidup yang mewarnai kehidupan individu dan juga masyarakat. Peraturan yang ditetapkan menjadi panduan yang sistematik dalam apa jua urusan individu di muka bumi ini. Sumber tamadun Islam adalah berpaksikan wahyu yang terdapat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber naqli ini sangat penting kerana memainkan peranan yang besar sebagai pencetus asas-asas binaan tamadun Islam, iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Dalam hal ini, Allah menciptakan manusia dengan beragam bentuk, bahasa dan warna kulit. Namun begitu, semuanya sama di hadapan Allah dan tidak ada yang didahulukan antara satu kelompok dengan yang lainnya kecuali dengan kualiti kesolehan, ketakwaan dan keimanannya. Selain itu, akhlak mulia menjadikan interaksi seorang muslim dengan semua manusia sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Hal ini demikian kerana tidak ada beza antara yang kaya dan miskin, pemimpin atau rakyat jelata, Arab atau bukan Arab atau kulit putih atau hitam. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang fardu kifayah dalam rangka untuk menjamin keharmonian dan kerukunan masyarakat Islam. Dalam konteks pendidikan Islam, kertas kerja ini juga akan membincangkan tentang bidang-bidang ilmu dalam Islam yang diklasifikasikan sebagai ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah, iaitu mengikut bidang fardu yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Fardu Ain merupakan satu kewajipan ke atas setiap individu manakala fardu kifayah amat luas bidangnya, iaitu meliputi semua bidang yang berkait dengan kepentingan atau asas dalam kehidupan manusia. Dengan kata lain, selain ilmu fardu ain, ilmu fardu kifayah juga perlu dikaji dan dipelajari untuk menjamin kesejahteraan dan menjaga serta mengekalkan keharmonian seluruh umat Islam manusia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Fardu kifayah, Keharmonian, Kerukunan, Masyarakat Islam
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:83998
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:31 Oct 2019 09:54
Last Modified:01 Dec 2020 08:04

Repository Staff Only: item control page