Jasmi, Kamarul Azmi (2021) Isu akidah dalam sejarah Islam: keutamaan dan hak sahabat menurut ASWJ. In: Kursus Aqidah Islamiyyah (SHCI 3072). Siri 11, 9 Januari 2021, Webex Dewan Maya UTM: https://utm.webex.com/meet/qamar. (Unpublished)
|
PDF (Cover only)
65kB |
Abstract
Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) merupakan fahaman akidah Islam yang satu-satunya diterima sebagai akidah Islam yang benar yang terangkum dalamnya akidah dengan fahaman daripada al-Ash‘iriyyah dan al-Maturidiyyah. Namun dalam sejarah perkembangan akidah Islam hingga kini, terdapat aliran yang terpesong lagi sesat serta bertentangan dengan fahaman ASWJ khususnya dalam persoalan tentang fahaman Keutamaan dan Hak Sahabat. Kertas kerja ini akan cuba mengupas persoalan tentang Keutamaan dan Hak Sahabat menurut perspektif para ulama ASWJ dan pendapat syiah yang terkeluar daripada aliran ASWJ tersebut. Metode kajian artikel ini adalah menggunakan kajian kepustakaan daripada buku dan karya ulama ASWJ untuk mencapai tujuan penulisan kertas kerja ini. Hasil dapatan menjelaskan tentang fahaman yang jelas dalam ASWJ dalam memahami keutamaan dan Hak Sahabat, iaitu umat Islam wajib memuliakan para sahabat sebagai golongan terpilih, memiliki darjah yang tinggi, dan menjadi penjaga Islam. Selain itu umat Islam juga perlu menunaikan hak para sahabat dari segi mencintai mereka, mengikut jejak langkah mereka serta tidak sesekali hasad, dengki, dan mencela mereka.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ahli Sunnah Waljamaah, syiah, sahabat dan sahabiyyah, darjat, hak |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 92304 |
Deposited By: | Dr. Kamarul Azmi Jasmi |
Deposited On: | 19 May 2022 00:31 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 06:39 |
Repository Staff Only: item control page