Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ciri Ketuhanan dan Kenabian yang Benar, Surah al-Baqarah (2: 116-121)

Jasmi, Kamarul Azmi (2021) Ciri Ketuhanan dan Kenabian yang Benar, Surah al-Baqarah (2: 116-121). Siri 21: Siri Buku Tafsir Sempena Budaya al-Quran . Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, Johor Bahru. ISBN 978-967-2171-89-8 (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
2MB

Abstract

Ciri Ketuhanan dan Kenabian yang Benar, Surah al-Baqarah (2: 116-121), Siri 21 merupakan siri buku tafsir al-Quran bersempena dengan Program Budaya al-Quran yang dilaksanakan oleh Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Ciri ketuhanan terpenting yang dibicarakan ialah sifat Allah SWT yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Sedangkan ciri kenabian terpenting ialah penurunan al-Quran yang merupakan mukjizat terpenting bagi membuktikan kenabian Nabi Muhammad SAW mengalahkan segala bentuk mukjizat yang dipinta untuk ditunjukkan kepada kaum Musyrik serta Yahudi. Buku ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 116-121) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat enam pengajaran terpenting daripada perbahasan tafsiran ayat, iaitu Allah SWT terkaya daripada memiliki anak dan isteri, hanya kepada Allah SWT Tuhan yang disembah dan dipatuhi; Allah SWT tidak melayan sebahagian permintaan golongan kafir tentang pertunjukan mukjizat; tugas dan tanggungjawab Nabi Muhammad SAW; dan sifat nabi yang disebutkan dalam taurat serta tuntutan untuk mengikuti ajaran kitab dengan cara yang sebaik-baiknya.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Al-baqarah
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:91690
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:06 Sep 2021 07:35
Last Modified:06 Sep 2021 07:35

Repository Staff Only: item control page