Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Bani Israil dan Kecintaan kepada Dunia serta Permusuhan dengan Jibril AS: Surah al-Baqarah (2: 93-101)

Jasmi, Kamarul Azmi (2021) Bani Israil dan Kecintaan kepada Dunia serta Permusuhan dengan Jibril AS: Surah al-Baqarah (2: 93-101). Siri 17: Siri Buku Tafsir Sempena Budaya al-Quran . Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, Johor Bahru. ISBN 978-967-2171-85-0 (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
2MB

Abstract

Bani Israil dan Kecintaan kepada Dunia serta Permusuhan dengan Jibril AS, surah al-Baqarah (2: 93-101), Siri 17 merupakan siri buku tafsir al-Quran bersempena dengan Program Budaya al-Quran yang dilaksanakan oleh Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Kaum Bani Israil sangat takut untuk mati disebabkan keyakinan mereka tentang tempat mereka kembali di alam akhirat adalah dalam neraka Allah SWT kerana disebabkan keingkaran mereka untuk beriman kepada Nabi Muhammad SAW. Buku ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 93-98) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat lapan aspek pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam dan umat manusia, iaitu sikap kaum Bani Israil terhadap perjanjian mereka kepada Allah SWT; singkapan Allah SWT terhadap perkara yang diubah oleh ulama Yahudi terhadap kitab taurat dari aspek adakah benar bangsa Yahudi adalah kekasih Allah SWT dan anak-anak-Nya, penipuan Yahudi bahawa akhirat adalah untuk kaum Yahudi dan Nasrani, dan Jibril dan permusuhan Yahudi terhadapnya; sumpah mubahalah daripada segi definisi, kaedah, dan kesan; umur yang panjang di dunia adalah lebih baik daripada umur yang pendek; nama para malaikat dan perbahasannya; bukti kenabian Nabi Muhammad dalam sembilan soalan kaum Bani Israil kepada baginda; dan pengakuan Bani Israil terhadap kebenaran perutusan Nabi Muhammad SAW.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:91676
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:06 Sep 2021 07:36
Last Modified:06 Sep 2021 07:36

Repository Staff Only: item control page