Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kelebihan dan Keutamaan Bani Israil: Surah al-Baqarah (2: 47-50)

Jasmi, Kamarul Azmi (2021) Kelebihan dan Keutamaan Bani Israil: Surah al-Baqarah (2: 47-50). Siri 9: Program Budaya al-Quran . Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, Johor Bahru. ISBN 978-967-2171-77-5 (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
1MB

Abstract

Kelebihan dan Keutamaan Bani Israil, Surah al-Baqarah (2: 47-50), Siri 9 merupakan siri buku tafsir al-Quran bersempena dengan Program Budaya al-Quran yang dilaksanakan oleh Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Allah SWT mengingatkan bangsa Yahudi tentang pelbagai kelebihan dan keutamaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka sewaktu era Nabi Musa AS supaya mereka mengenang kembali dan cuba memenuhi janji mereka untuk beriman kepada Rasulullah SAW berdasarkan suruhan Kitab Taurat. Buku ini cuba menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 47-50) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa dan Bani Israil yang menjadikan mereka umat yang tertinggi sewaktu era tersebut, iaitu mereka merupakan kaum yang terpilih; dimerdekakan daripada cengkaman dan kekejaman Firaun; diberikan mukjizat kepada Nabi Musa untuk menyelamatkan Nabi Musa AS dan mereka daripada Firaun dan bala tenteranya; diberikan bermacam pemberian dalam bentuk makanan, minuman, dan harta benda; diutuskan nabi dan Rasul yang ramai dalam kalangan mereka diturunkan kitab taurat untuk memberi panduan dalam kehidupan, serta diberikan negara dan pemerintahan. Sekiranya mereka gagal beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, mereka akan mati dalam keadaan kafir yang pada masa itu mereka tidak akan selamat untuk menerima azab pedih yang kekal abadi di akhirat. Hasil daripada perbincangan tafsiran ayat terdapat lima pengajaran utama yang dapat diambil, iaitu keutamaan Bani Israil, kelebihan Nabi Muhamad SAW dan umatnya, ujian Allah SWT dalam bentuk kebaikan dan keburukan, dan galakan berpuasa pada hari Asyura.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Al-baqarah, Taurat
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:91554
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:06 Sep 2021 07:31
Last Modified:06 Sep 2021 07:31

Repository Staff Only: item control page