Jasmi, Kamarul Azmi (2021) Kaum Bani Israil dan Peristiwa Anak Lembu Emas: Surah al-Baqarah (2: 51-57). Siri 10: Program Budaya al-Quran . Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, Johor Bahru. ISBN 978-967-2171-78-2 (Unpublished)
|
PDF (Fulltext)
1MB |
Abstract
Kaum Bani Israil dan Peristiwa Anak Lembu Emas, Surah al-Baqarah (2: 51-57), Siri 10 merupakan siri buku tafsir al-Quran bersempena dengan Program Budaya al-Quran yang dilaksanakan oleh Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Peristiwa penyembahan anak lembu merupakan peristiwa yang besar penyembahan berhala yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil. Justeru, Allah SWT menceritakan kisah tersebut buat pengajaran kepada umat manusia bahawa tidak ada tuhan yang sebenarnya layak untuk disembah melainkan Allah satu-satunya. Buku ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 51-57) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat enam pengajaran penting yang boleh diambil hasil daripada perbincangan ayat dan tafsirannya. Pengajaran tersebut ialah sifat Yahudi yang sangat mudah kufur kepada Tuhan, dosa penyembahan berhala merupakan dosa yang besar, perintah Allah SWT memberikan kebaikan kepada umat manusia, zat Allah SWT tidak boleh dilihat di dunia, pemberian nikmat yang banyak belum tentu menjamin keimanan seseorang, al-Kam‘at dan al-Ajwa merupakan anugerah Allah SWT untuk merawat penyakit mata dan keracunan, serta sahabat Rasulullah SAW memiliki karekter yang tinggi berbanding semua sahabat para nabi sebelumnya baginda SAW.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Islamic Studies |
ID Code: | 91544 |
Deposited By: | Dr. Kamarul Azmi Jasmi |
Deposited On: | 28 Jul 2021 08:28 |
Last Modified: | 28 Jul 2021 08:28 |
Repository Staff Only: item control page