Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Trust model etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial

Kanafiah, Muhammad Yusof Hakimi and Ziatol Ihazair, Muhammad Abu Naim and Jasmi, Kamarul Azmi (2020) Trust model etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial. In: Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan, 2(2) 2020, 12 May 2020, Dewan Maya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
1MB

Abstract

Trust model adalah satu perkara yang dibina bagi pengguna seperti pembeli dan penjual yang berfokuskan dalam perniagaan secara virtual seperti e-dagang dan seumpamanya. Trust model yang dibangunkan berdasarkan etika Islam dan diperbaiki dengan menggunakan analisis rangkaian sosial atau dienali sebagai SNA (sosial network analysis). Perkara ini menjadi isu dalam masyarakat kini dimana perkembangan hasil daripada kerangka konvensional yang menjalankan perniagaan secara alam maya (online). Etika perniagaan Islam sangat penting dalam membina trust model dan diperbaiki dengan berdasarkan sistem analisis rangkaian sosial untuk pembangunan dan kebaikan umum dan masyarakat Islam khususnya. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis tentang pembinaan trust model berdasarkan etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial dengan menyatakan definisi etika perniagaan Islam dan analisi rangkaian sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tentang etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial dalam pembinaan trust model daripada sumber sekunder seperti artikel, jurnal, buku dan literasi yang berkaitan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat etika perniagaan Islam dan juga empat perkara dalam analisi rangkaian sosial. Empat etika perniagaan Islam adalah merangkumi dari segi pemasaran produk, penghasilan produk, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia. Manakala analisis rangkaian sosial pula akan diterangkan tentang definisi, fungsi dalam perniagaan, bentuk dan kelebihan menggunakan analisi rangkaian sosial.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:trust model, etika, analisis rangkaian sosial, fungsi dan bentuk sistem
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:86269
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Sep 2020 09:14
Last Modified:30 Sep 2020 09:14

Repository Staff Only: item control page