Jasman, Mohd Rizal (2020) Model kepercayaan berdasarkan etika perniagaan Islam dan analisis rangkaian sosial. In: Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan, 2(2) 2020, 12 May 2020, Dewan Maya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM. (Unpublished)
|
PDF (Cover & Fulltext)
1MB |
Abstract
Transaksi pembelian dan penjualan secara dalam talian mewujudkan satu rangkaian komuniti alam maya yang saling berinteraksi. Interaksi antara pembeli dan penjual lazimnya mengadaptasikan sistem maklumbalas dan reputasi untuk menilai, memberi maklumbalas dan pandangan terhadap transaksi yang dilakukan dalam urusan jual beli. Sistem reputasi yang sedia wujud di sesuatu laman sesawang perniagaan dengan mudah dimanipulasi oleh mereka yang berpakat secara berkumpulan memberikan maklumbalas yang palsu umtuk meningkatkan reputasi perniagaan. Secara prinsipnya, kegiatan seperti ini bertentangan dengan etika perniagaan Islam. Kertas kerja kajian ini membincangkan kesesuaian model kepercayaan yang diguna pakai dalam sistem reputasi yang diterima secara meluas digabungkan bersama lima etika perniagaan Islam untuk membentuk alghoritma yang bersesuaian dalam mengesan penipuan dan dalam transaksi pembelian dan jualan dalam talian berdasarkan Analisis Rangkaian Sosial (ARS). Keperluan untuk merealisasikan alghoritma yang berasaskan ARS dalam mengesan penipuan dalam talian ini boleh dilihat sebagai langkah kearah memenuhi tuntutan amar makruf nahi mungkar.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Model Kepercayaan, etika perniagaan Islam, analisa rangkaian sosial, amal makruf nahi mungkar |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 86233 |
Deposited By: | Dr. Kamarul Azmi Jasmi |
Deposited On: | 30 Sep 2020 09:13 |
Last Modified: | 30 Sep 2020 09:13 |
Repository Staff Only: item control page