Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan etika Islam mencegah penipuan dalam korporat

Jasman, Mohd Rizal and Ahmad, Aimi Wafa and Jasmi, Kamarul Azmi (2020) Peranan etika Islam mencegah penipuan dalam korporat. In: Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan, 2(2) 2020, 12 May 2020, Dewan Maya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
1MB

Abstract

Secara umumnya, korporat adalah bermaksud perbadanan tertentu atau perbadanan pada umumnya. Oleh yang demikian, terdapat beberapa organisasi yang dapat diklasifikasikan sebagai oraganisasi korporat, sebagai contoh Tabung Haji, Perbadanan Usahawan Nasional dan seumpamnya. Justeru, dalam menguruskan sesebuah organisasi tersebut, maka individu yang berkelayakan akan dilantik bagi menguruskannya. Tidak dapat dinafikan dalam menguruskan pengurusan tersebut, terdapat segelintir individu yang berkepentingan melakukan beberapa penipuan dalam memenangi niat salah mereka. Justeru, kajian ini dihasilkan bagi melihat secara umumnya peranan agama Islam dalam menangani penipunan yang berlaku dalam kalangan mereka, selain itu akan melihat juga beberapa kriteria sampingan untuk melantik individu berkelayakan dalam mengemudi bidang tersebut. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menganalisis dokumen yang berkaitan dan seterusnya penganalisan dibuat mengikut kaedah induktif dan deduktif. Hasil daripada kajian ini, menjelaskan perlu mengutamakan individu yang mempunyai displin keagamaan yang tinggi dalam diri mereka. Oleh yang demikian, kajian ini mempunyai signifikan yang tersirat kerena secara tidak langsung akan mendedahkan kepada para pengkaji, bahawa Islam sangat mengambil berat sebarang penipuan atau yang seumpama dengannya sama ada ianya pada organisasi yang kecil atau sebaliknya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Korporat, Penipuan, Islam, Mencegah, Individu
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:86232
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Sep 2020 09:13
Last Modified:30 Sep 2020 09:13

Repository Staff Only: item control page