Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tatacara dan doa Majlis Khatam al-Quran. Siri 5. Siri Buku Amalan Harian

Jasmi, Kamarul Azmi (2020) Tatacara dan doa Majlis Khatam al-Quran. Siri 5. Siri Buku Amalan Harian. Siri Buku Amalan Harian, 1-9 (5). Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, Skudai Johor. ISBN 978-967-2401-19-3 (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Cover)
34kB
[img]
Preview
PDF (Fulltext)
3MB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/341425641...

Abstract

Tatacara dan Doa Majlis Khatam al-Quran. Siri 5. Siri Buku Amalan Harian merupakan siri ke-5 buku yang dikeluarkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tujuan dijadikan amalan harian yang sangat berguna bagi umat Islam. Kajian dilakukan untuk memahami hakikat tatacara dan amalan khatam al-Quran untuk dikeluarkan buat pengetahuan umat. Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan dalam buku ini, iaitu tatacara khatam al-Quran, amalan dan bacaan khatam al-Quran itu sendiri, dan cadangan doa yang dicadangkan untuk digunakan ketika khatam al-Quran tersebut. Doa khatam al-Quran merupakan intipati yang penting buku ini disebabkan keutamaan doa yang mustajab untuk seseorang memohon hajat kepada Allah SWT selepas menghabiskan bacaan al-Quran mereka. Justeru, doa yang dicadangkan difokuskan kepada memohon syafaat al-Quran terhadap hajat seseorang terhadap keperluan duniawi dan ukhrawi. Buku ini diharap dapat dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai panduan khatam al-Quran dengan amalan yang dituntut untuk dijadikan satu budaya dalam masyarakat Malaysia agar generasi Muslim di Malaysia benar-benar menghayati budaya membaca al-Quran dan mengkhatamkan al-Quran sama ada secara hafalan atau dengan secara melihat mushaf. Budaya yang baik ini seterusnya mampu menyucikan hati umat Islam dalam usaha mereka untuk menjadi insan yang benar qarib dan takwa di sisi Allah SWT.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:86230
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Sep 2020 09:12
Last Modified:30 Sep 2020 09:12

Repository Staff Only: item control page