Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahlil dan Doa Arwah: Amalan Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 3. Siri Buku Amalan Harian

Jasmi, Kamarul Azmi (2020) Tahlil dan Doa Arwah: Amalan Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 3. Siri Buku Amalan Harian. Siri Buku Amalan Harian, 1-9 (3). Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, Skudai Johor. ISBN 978-967-2296-56-0 (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Cover)
35kB
[img]
Preview
PDF (Fulltext)
3MB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/335026437...

Abstract

Tahlil dan Doa Arwah: Amalan Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 3. Siri Buku Amalan Harian merupakan Siri 3 Buku Amalan Harian yang dikeluarkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tujuan dijadikan amalan harian yang sangat berguna bagi umat Islam. Buku ini menyenaraikan bacaan bacaan Tahlil dan Doa Arwah (TDA) yang boleh diamalkan untuk amalan diri atau amalan yang boleh disedekah pahalanya kepada arwah umat Islam khususnya buat ibu bapa dan keluarga yang sudah meninggal dunia. Bacaan TDA ini merupakan amalan yang terkandung dalamnya bacaan surah dan potongan ayat al-Quran yang khusus, istighfar, zikir, tahlil, tasbih serta salawat yang amat digalak kepada setiap individu Muslim bagi mengamalkannya. ketika majlis khusus atau umum. Hal ini disebabkan suruhan dan galakan dengan ganjaran yang sangat besar dinyatakan sendiri oleh junjungan Rasulullah SAW. Terdapat 24 bacaan yang terdiri daripada TDA1-TDA24. Hujah terhadap amalan ini dikemukakan untuk memberikan keyakinan yang mendalam kepada individu agar dapat mengamalkan himpunan TDA ini tanpa ragu-ragu. Buku ini diharap dapat dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai panduan dan bacaan pada majlis khusus atau umum. Selain itu, buku ini juga dapat dijadikan sebagai bahan untuk didikan kepada anak-anak agar mereka juga dapat mengamalkannya amalan ini dalam kehidupan mereka. Pengamalan TDA dalam kalangan umat Islam diharap dapat meningkat dan mengukuhkan rohani mereka di samping mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW melalui hadisnya. Semoga umat Islam dapat meraih pahala dan kejayaan di dunia dan akhirat melalui amalan ini.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:86228
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Sep 2020 09:10
Last Modified:30 Sep 2020 09:10

Repository Staff Only: item control page