Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Himpunan Doa Selepas Solat Warid daripada al-Quran dan Sunah

Jasmi, Kamarul Azmi (2020) Himpunan Doa Selepas Solat Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 6: Siri Buku Amalan Harian . Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, Skudai Johor. ISBN 978-967-2401-20-9 (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Cover)
36kB
[img]
Preview
PDF (Fulltext)
2MB

Abstract

Himpunan Doa Selepas Solat Warid daripada al-Quran dan Sunah merupakan siri ke-6 buku yang dikeluarkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tujuan dijadikan amalan harian yang sangat berguna bagi umat Islam. Kajian dilakukan untuk menghimpunkan lima himpunan doa yang terdiri daripada himpunan doa yang pendek, himpunan doa yang sederhana pendek, himpunan doa yang sederhana panjang, dan himpunan doa yang panjang. Semua doa himpunan cadangan merupakan set lengkap doa yang didatangkan daripada sumber al-Quran dan hadis. Set doa ini sama ada dikekalkan lafaznya, diubah suai menjadi doa, atau digabung jalinkan dengan doa tambahan daripada bukan sumber tanzil. Tujuan gabung jalin agar maksudnya lebih menyuruh untuk kebaikan diri, keluarga, dan umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Semua set doa ini merupakan doa yang seimbang untuk keperluan dunia dan akhirat untuk dipohonkan kepada Allah SWT sebaik sahaja selesai melaksanakan solat. Perbincangan dalam buku ini juga difokuskan kepada tatacara adab berdoa, dan hujah sumber doa cadangan dengan dalil doa daripada al-Quran dan hadis. Buku ini diharap dapat dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai panduan untuk berdoa selepas selesai setiap kali solat agar manfaat rohani dan jasmani umat Islam dapat dibangunkan. Hal ini kerana, doa merupakan antara aspek terpenting bagi setiap ibadah agar hubungan antara para hamba yang mempunyai banyak kekurangan dapat dipohon untuk diperkenankan oleh Allah SWT bagi menyempurnakan kekurangan tersebut. Selain bertujuan agar umat Islam sentiasa dalam pertunjuk-Nya untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:85702
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Sep 2020 09:10
Last Modified:30 Sep 2020 09:10

Repository Staff Only: item control page