Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pusat Asuhan Anak Menurut Perspektif Islam

Roslan, Siti Hajar and Zulhalmi, Nur Natasha and Jasmi, Kamarul Azmi (2019) Pusat Asuhan Anak Menurut Perspektif Islam. In: Seminar Institusi Islam 2019, 18 Ogos 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
19MB

Abstract

Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa supaya menjadi pelapis generasi buat negara pada masa akan datang. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Namun begitu, pada masa kini ramai yang tidak tahu cara untuk mencorakkan kanak-kanak mengikut acuan atau kaedah yang betul. Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat berkenaan tentang bentuk pendidikan awal kanak yang bermula dari Pusat Asuhan Anak menurut Perspektif Islam di Malaysia. Seterusnya, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk menjadikan pusat asuhan tempat kanak-kanak menjalani proses pembelajaran dalam dalam membentuk akhlak supaya menjadi insan yang sempurna, setiap pusat asuhan yang ditubuhkan perlulah mempunyai konsep dan hala tuju supaya matlamat tersebut tercapai. Menurut sejarah pendidikan awal kanak-kanak pada era 1950-an selepas perang dunia ke-2. Di Malaysia, perkembangan pendidikan awal kanak-kanak bermula sejak tahun 1940-an. Konsep pendidikan awal kanak-kanak terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama bermula dari 0 hinga 3 tahun dan peringkat kedua bermula dari 3 hingga 6 tahun. Selain itu, terdapat tiga teori yang perlu dirangkumi untuk mengubal pendidikan awal kanak-kanak, iaitu teori kematangan (behavior), teori tingkah laku persekitaran dan teori konstruktivis. Berdasarkan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan menekankan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada objektif jurnal ini tercapai atau tidak. Antara objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti sama ada pusat asuhan di Malaysia mengikut Perspektif Islam atau tidak serta mengenal pasti tahap pengetahuan pengusaha, penyelia atau penjaga pusat asuhan di Malaysia. Seterusnya, untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh pengusaha,penyelia atau penjaga pusat asuhan di Malaysia. Objektif terakhir adalah untuk mengenal pasti kepentingan serta peranan pusat asuhan mengikut perspektif Islam di Malaysia. Kaedah yang pengkaji gunakan adalah dengan menggunakan rujukan di internet dan menjalankan kajian di perpustakaan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pusat Asuhan, kanak-kanak, tadika, pra sekolah, Islam
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:84012
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:31 Oct 2019 09:55
Last Modified:31 Oct 2019 09:55

Repository Staff Only: item control page