Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Melayar Keluarga yang Cemerlang dalam Islam

Alias, Hasbullah Hafiz and Abdul Hamid, Mohd Hakimi and Jasmi, Kamarul Azmi (2019) Melayar Keluarga yang Cemerlang dalam Islam. In: Seminar Institusi Islam 2019, 18 Ogos 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
20MB

Abstract

Keluarga adalah satu institusi yang bersifat khusus yang saling mengikat antara satu sama lain. Pembentukan keluarga adalah satu tanggungjawab dalam setiap pasangan yang berkahwin. Insan yang cemerlang adalah bermula daripada keluarga yang cemerlang yang sedikit sebanyak adalah asas kemajuan pembentukan negara yang cemerlang. Oleh kerana itu, Islam mengajar kita pelbagai jenis aspek kehidupan berlandaskan agama seperti akidah, akhlak, sosial, pendidikan dan ekonomi, spiritual dan material. Hal ini demikian termasuklah seawal cara pemilihan pasangan bagi membentuk generasi keluarga yang cemerlang. Dengan kata lain, ibu bapa adalah tunggak utama dalam pembentukan keluarga yang cemerlang berlandaskan agama. Dalam bab ini menerangkan asas pembentukan keluarga dan peranan ibu bapa dalam membentuk anak yang cemerlang. Kecemerlangan ibu bapa adalah menjadi modal insan yang berjaya. Ilmu keibu bapaan seperti cara didikan anak perlu dipelajari oleh ibu bapa bagi satu pasangan yang mempunyai anak demi melahirkan anak yang cemerlang sekali gus menjadi ibu bapa yang prihatin. Ilmu keibu bapaan dan pengisiannya merangkumi tanggungjawab semua pihak termasuklah susami, isteri dan anak-anak. Hal ini demikian dapat membantu membentuk sahsiah diri dan disiplin anak-anak. Sahsiah dan disiplin yang tinggi dapat mencetus kecemerlangan dan kegemilangan dalam diri.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Perkahwinan, ibu bapa, anak, pendidikan, ritual, fizikal
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:83989
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:31 Oct 2019 09:50
Last Modified:31 Oct 2019 09:50

Repository Staff Only: item control page