Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kelebihan dan Keutamaan Bani Israil: Surah al-Baqarah (2: 47-50)

Jasmi, Kamarul Azmi (2018) Kelebihan dan Keutamaan Bani Israil: Surah al-Baqarah (2: 47-50). In: Program Budaya al-Quran, 29hb. November 2018, Kolej Tun Fatimah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
758kB

Abstract

Allah SWT mengingatkan bangsa Yahudi tentang pelbagai kelebihan dan keutamaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka sewaktu era Nabi Musa AS supaya mereka mengenang kembali dan cuba memenuhi janji mereka untuk beriman kepada Rasulullah SAW berdasarkan suruhan kitab Taurat. Artikel ini cuba menggunakan kaedah kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 47-50) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa dan Bani Israil yang menjadikan mereka umat yang tertinggi sewaktu era tersebut, iaitu mereka merupakan kaum yang terpilih; dimerdekakan daripada cengkaman dan kekejaman Firaun; diberikan mukjizat kepada Nabi Musa untuk menyelamatkan Nabi Musa dan mereka daripada Firaun dan bala tenteranya; diberikan bermacam pemberian dalam bentuk makanan, minuman, dan harta benda; diutuskan nabi dan Rasul yang ramai dalam kalangan mereka diturunkan kitab taurat untuk memberi panduan dalam kehidupan, serta diberikan negara dan pemerintahan. Sekiranya mereka gagal beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad, mereka mati dalam keadaan kafir yang pada masa itu mereka tidak akan selamat untuk menerima azab pedih yang kekal abadi di akhirat. Hasil daripada perbincangan tafsiran ayat terdapat lima pengajaran utama yang dapat diambil, iaitu keutamaan Bani Israil, kelebihan Nabi Muhamad SAW dan umatnya, ujian Allah SWT dalam bentuk kebaikan dan keburukan, dan galakan berpuasa pada hari Asyura.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Keutamaan Bani Israil, keutamaan umat Muhammad, orang kafir, hari kiamat, hari Asyura
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Studies
ID Code:80245
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:25 Apr 2019 01:39
Last Modified:25 Apr 2019 01:39

Repository Staff Only: item control page