Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Metode Pengajaran Terbaik untuk Golongan Fasiq: Surah al-Baqarah (2: 26-27)

Jasmi, Kamarul Azmi (2018) Metode Pengajaran Terbaik untuk Golongan Fasiq: Surah al-Baqarah (2: 26-27). In: Program Budaya al-Quran, 13hb. September 2018, Kolej Tun Fatimah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
718kB

Abstract

Perumpamaan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam al-Quran memberi kesan yang berbeza antara golongan kafir dan golongan Mukmin. Golongan kafir semakin menjauh daripada Allah SWT dan al-Quran sebaliknya pula kepada orang Mukmin semakin mendekat dengan-Nya dan kalam-Nya. Artikel ini merupakan hasil kajian perpustakaan bagi mencari tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 26-27) daripada kitab tafsiran yang bersifat turath Islami. Hasil dapatan menunjukkan beberapa nasihat dan ingatan penting Allah SWT kepada golongan kafir dan Muslim. Kepada golongan kafir, perumpamaan al-Quran menjadikan mereka bertambah sesat kerana tidak mahu memahami sekalipun perumpamaan itu sangat logik kepada akal untuk mengesahkan kebenaran. Kesesatan tersebut pada hakikatnya berpunca daripada kefasikan mereka dalam kekufuran dan keingkaran. Orang kafir juga diingatkan janji mereka ketika di alam arwah dan janji ahli kitab untuk mendokong Nabi Muhammad SAW dan agama-Nya serta tidak memutuskan tali persaudaraan. Kegagalan dalam menepati janji tersebut menyebabkan mereka benar-benar dalam kerugian khususnya ketika berada di alam akhirat yang kekal abadi. Sebaliknya pula bagi Mukmin, hati mereka yang terang disebabkan mereka terjauh daripada kufur dan maksiat memudahkan mereka memahami tamsilan al-Quran serta menambahkan keyakinan dan keimanan mereka kepada Allah SWT. Hasilnya, para Mukmin ini dapat memenuhi janji mereka di alam arwah untuk dilaksanakan dalam kehidupan sehingga mereka mudah memperoleh rahmat Allah SWT di alam akhirat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Perumpamaan, fasiq, perjanjian Allah, dan silaturahim
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BH Aesthetics
B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Studies
ID Code:80240
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:25 Apr 2019 01:36
Last Modified:25 Apr 2019 01:36

Repository Staff Only: item control page