Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Integrasi Pendidikan antara Islam serta Sains dan Teknologi

Rosli, Mohd Aiman Shazlishah and Abd Hamid, Mohd Hafiez and Basiron, Bushrah (2018) Integrasi Pendidikan antara Islam serta Sains dan Teknologi. In: Seminar Tamadun Islam 2018, 17 Ogos 2018, Bilik Kuliah 6, Blok N28, UTM. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
378kB

Official URL: https://www.researchgate.net/project/Seminar-Tamad...

Abstract

Islam menerima sains dan teknologi dari dahulu sehingga kini. Banyak kisah dalam al-Quran berkaitan kewujudan tamadun manusia dalam aspek sains dan teknologi yang boleh dihuraikan. Al-Quran itu sendiri dijadikan kitab pendidikan sebagai panduan yang digunakan ribuan tahun dahulu. Berdasarkan etika dan prinsip Islam, tujuan utama, ialah untuk mengenali Allah SWT dan beribadah kepadanya melalui ilmu dan pemgetahuan. Di samping memberikan bimbingan kepada manusia untuk menjadi insan yang berpengetahuan yang dapat bertahan hidup di dunia, al-Quran juga mengandungi banyak maklumat ilmiah. Walaupun al-Quran bukanlah sekadar buku atau kitab, akan tetapi al-Quran menyediakan pelbagai maklumat tentang sains dan teknologi dan ia menyatakan hanya bahagian paling penting dari prinsip sains dan teknologi yang diperkatakan. Al-Quran juga menggalakkan umat Islam mengkaji dan menganalisis ciptaan Tuhan dengan lebih mendalam dan terperinci. Dalam konteks integrasi antara sains, teknologi dan pendidikan Islam, umum mengetahui bahawa pembelajaran perlu dilaksanakan dan diharapkan lebih mudah, sistematik dan efektif. Dalam pengamalan berterusan dan pengajian sains dan teknologi berpandukan al-Quran dan hadis contohnya di institusi pengajian tinggi, diharapkan agar lebih cenderung mencapai tujuan utama, iaitu integrasi pendidikan agama Islam. Hal ini penting dalam memberi petunjuk kepada penimba ilmu untuk mengenali, memahami, beramal, beriman dan bertakwa ketika melaksanakan dan beramal dengan kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu al-Quran dan segala perlakuan, percakapan dan sebagainya yang berkait dengan Rasulullah SAW, iaitu sunah Perkara ini dapat dilakukan dengan cara bimbingan, didikan dan ajaran yang berterusan serta latih tubi yang dilakukan secara sistematik dan dapat memberikan manfaat bersama di dunia dan di akhirat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Q Science > Q Science (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:78462
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:14 Oct 2018 04:51
Last Modified:14 Oct 2018 04:51

Repository Staff Only: item control page