Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mahasiswa dan gaya penampilan

Marni, Nurazmallail and Wan Ahmad, Wan Yahaya and Md. Naser, Maziah (2015) Mahasiswa dan gaya penampilan. In: Mahasiswa dan Kehidupan Menurut Perspektif Islam: Penampilan, Kesihatan, dan Aktiviti Sosial. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 1-20. ISBN 978-983-52-1042-6 (Submitted)

[img] PDF (Cover)
42kB

Abstract

Dalam menuju era globalisasi, penekanan terhadap kemampuan bersaing dengan negara maju menjadi agenda utama setiap negara membangun. Di samping mengejar kemajuan teknologi dan ekonomi negara, banyak negara membangun turut menekankan kemajuan sumber tenaga manusia dalam meningkat daya saing negara menghadapi cabaran globalisasi. Di Malaysia misalnya, pihak kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat melahirkan tenaga kerja yang bermutu di samping dapat diterima oleh negara luar sebagai pusat kecemerlangan utama dalam sektor pendidikan di rantau Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya. Namun begitu, pelbagai cabaran dan masalah yang menjejaskan hasrat tersebut antaranya mutu pendidikan, cara penampilan pelajar dan seterusnya penguasaan kemahiran yang gagal memenuhi kehendak pasaran kerja. Isu berkaitan dengan gaya penampilan mahasiswa yang dicetuskan oleh universiti di Malaysia banyak diperkatakan. Antara perkara yang sering kedengaran ialah gaya penampilan yang tidak bersesuaian dengan kerja yang dipohon, cara berkomunikasi, dan banyak lagi. Menurut kajian yang dilakukan oleh pelajar Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007, dalam persaingan merebut pasaran kerja di Malaysia, penampilan diri dan keterampilan individu merupakan kriteria penting bagi melayakkan seseorang mendapat perhatian dalam mendapatkan sesuatu jawatan yang dipohon. Antaranya ialah tahap gaya berpakaian, kelemahan cara berkomunikasi dan seterusnya kurang berkeyakinan diri. Oleh itu, penekanan kepada gaya penampilan diri yang mencakupi perwatakan dan personaliti mahasiswa hendaklah berubah ke arah melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan berjaya memenuhi kehendak pasaran. Selain itu, pihak yang berkenaan hendaklah memainkan peranan yang bertepatan untuk menjayakan hasrat kerajaan dan negara.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:45447
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:10 Jun 2015 01:43
Last Modified:08 Aug 2017 07:44

Repository Staff Only: item control page