Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mahasiswa dan amalan kerohanian dalam kehidupan

Basiron, Bushrah and Mohd. Shubari, Mohammad Iqram (2015) Mahasiswa dan amalan kerohanian dalam kehidupan. In: Mahasiswa dan Kehidupan Menurut Perspektif Islam: Asas Pembangunan Mahasiswa Jilid I. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 51-74. ISBN 978-983-52-1040-2 (Unpublished)

[img] PDF (Cover)
55kB

Official URL: http://www.academia.edu/31326043/MAHASISWA_DAN_AMA...

Abstract

Amalan kerohanian atau riadah rohani merupakan perkara yang penting dalam kehidupan seharian sebagai individu Muslim. Hal ini demikian kerana kita merupakan khalifah di muka bumi Allah dan ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT bukan terletak pada pangkat atau harta, tapi pada amalannya (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002; Basiran et al., 2012). Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Hujurat, 49:13) Secara umumnya, kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia (Kamus Dewan, 2005). Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penakulan strategik. Dalam hal ini, kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama (Al-Ghazali, t.th.). Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan diikuti kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral dan sosial masyarakat serta penetapan undang-undang (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002). Seterusnya undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Rohani yang kacau dikaikan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi. Manakala rohani yang sempurna juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan amalan baik yang dilakukan oleh seseorang individu. Hal ini penting bagi setiap individu Muslim agar memastikan keadaan rohaninya sentiasa dalam keadaan baik dalam rangka untuk menjadi hamba dan khalifah Allah yang terbaik (Al-Nawawi, 2007).

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:student life
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:45441
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:20 May 2015 01:26
Last Modified:13 Jun 2017 06:55

Repository Staff Only: item control page