Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ciri Orang Kafir dan Munafik: Surah al-Baqarah (2: 6-16)

Jasmi, Kamarul Azmi (2018) Ciri Orang Kafir dan Munafik: Surah al-Baqarah (2: 6-16). In: Program Budaya al-Quran, 2 Ogos 2018, Kolej Tun Fatimah, UTM. (In Press)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
7MB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/326733454...

Abstract

Orang Kafir dan orang munafik merupakan dua jenis manusia yang kufur kepada Allah SWT dan agamanya. Artikel ini merupakan hasil kajian perpustakaan bagi mendapatkan tafsiran ayat Surah al-Baqarah (2: 6-16). Hasil dapatan menunjukkan ayat ini membincangkan tentang ciri orang kafir dan ciri orang munafik pada zaman Rasulullah SAW yang boleh dijadikan pedoman kepada umat kini. Tiga aspek utama inti pati perbincangan ialah kepada umat Islam agar mereka memperkukuhkan amalan Islam dan menjauhi maksiat bagi memastikan mereka tetap berada di atas landasan hidayah, berdakwah kepada bukan Islam mengikut kemampuan, dan berhati-hati dengan golongan munafik yang sentiasa ingin menjatuhkan Islam dari dalam. Memahami ciri orang kafir, iaitu sifat mereka yang benci dan sombong kepada Islam dan hati mereka yang kotor disebabkan maksiat dan kekufuran. Berhati-hati dan memahami ciri orang munafiq, iaitu sifat mereka yang berpura-pura sebagai Muslim walaupun hatinya penuh dengan dengan kekafiran, hati mereka yang sarat dengan penyakit hati terhadap Islam dan penganutnya, sikap mereka yang sentiasa memandang hina Islam dan penganutnya yang komited, sentiasa memilih jalan bertentangan arah dengan Islam dan ajarannya, serta sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam dan agamanya dan menjatuhkannya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kafir, Munafik
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:78278
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:14 Oct 2018 06:51
Last Modified:14 Oct 2018 06:51

Repository Staff Only: item control page