Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Jenis-jenis sumber pengetahuan guru Pendidikan Islam dalam penggunaan bahan bantu mengajar di Sekolah Bestari

Ilias, Mohd. Faeez and Abdullah, Murihah and Husain, Kalthom and Jasmi, Kamarul Azmi and Abdullah, Abdul Hafiz and Rosman, Arieff Salleh (2016) Jenis-jenis sumber pengetahuan guru Pendidikan Islam dalam penggunaan bahan bantu mengajar di Sekolah Bestari. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 3 (2-1). pp. 41-55. ISSN 2289-7909

[img]
Preview
PDF
881kB

Official URL: http://rmc.kuis.edu.my/jpi/edisi-khas-vol-3-no-2-1...

Abstract

Institusi pendidikan khususnya sekolah mempunyai peranan dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada pelajar. Perkhidmatan pendidikan yang disediakan itu mestilah melalui satu proses memberi dan menerima yang dipanggil sebagai pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam proses PdP, guru sangat berperanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan mempelbagaikan sumber dalam pengetahuan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sumber pengetahuan yang disediakan oleh pihak sekolah terhadap GPI dalam meningkatkan pengetahuan mereka dalam PdP. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam mendapatkan data melalui instrumen temu bual, pemerhatian, analisis dokumen, dan nota lapangan. Dapatan yang diperolehi menggunakan instrumen tersebut dianalisis secara “open coding” menggunakan perisian Nvivo 7.0. Kajian dilakukan terhadap Guru Pendidikan Islam (GPI), penyelia GPI, dan dua orang pelajar di bawah seliaan GPI. Hasil kajian menunjukkan bahawa GPI mampu untuk menjadikan segala kemudahan yang diberikan oleh sekolah sebagai sumber untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam PdP. Antara sumbersumber tersebut ialah peruntukkan kursus-kursus yang disediakan oleh sekolah, akses internet yang mencukupi, dan bahan rujukan seperti buku. Semua dapatan tersebut dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pentadbir untuk diaplikasikan oleh GPI untuk lebih berusaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Item Type:Article
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:55378
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:24 Aug 2016 04:21
Last Modified:14 Nov 2017 06:23

Repository Staff Only: item control page