Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan metode dakwah di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam dan luar bilik darjah

Zainal, Nor Amin Sayani and Mustari, Mohd. Ismail (2012) Penerapan metode dakwah di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam dan luar bilik darjah. In: International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012], 8-9 March 2012, Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor.

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
318kB

Abstract

Pendidikan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam Islam. Jika pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna, maka keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan menjadi tidak stabil. Ilmu dakwah merupakan salah satu indikator penting untuk mengukur tahap keterlibatan guru dalam menghayati Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara. Terdapat pelbagai pendekatan dan metode dalam melaksanakan proses dakwah yang boleh diimplementasikan oleh guru pendidikan Islam (GPI). Sehubungan itu, kertas kerja ini akan memperincikan tiga metode dakwah untuk diterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan juga merupakan salah satu dari metode dakwah untuk menyampaikan kefahaman tentang ajaran agama Islam. Jika semua guru pendidikan Islam mempunyai ilmu dan kefahaman cara menggunakan metode dakwah dengan betul, maka sudah pasti Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai dengan baik. Kertas kerja ini akan mengemukakan beberapa pandangan tokoh sarjana Islam dan bagaimana pengaplikasian metode dakwah dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Islamic education, teaching and learning
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:53936
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Mar 2016 06:48
Last Modified:15 Sep 2017 07:02

Repository Staff Only: item control page