Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keperluan kemahiran sains dan teknologi dalam pengurusan rumah tangga dan kerjaya masa kini

Hamzah, Naemah and Mustari, Mohd Ismail and Basiron, Bushrah (2013) Keperluan kemahiran sains dan teknologi dalam pengurusan rumah tangga dan kerjaya masa kini. In: Seminar on Science, & Technology 2013, 1st Ocktober 2013, Fakultas Sains dan Teknologi UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta.

[img]
Preview
PDF
579kB

Abstract

Semakin ramai wanita menceburkan diri dalam lapangan pekerjaan. Jelasnya, Islam membenarkan wanita keluar rumah untuk bekerja bagi menampung keperluan keluarga dan menyalurkan kepakaran bagi memantapkan ekonomi negara. Lantaran itu, wanita hari ini perlu memiliki pelbagai kemahiran terutamanya dalam sains dan teknologi sebagai sokongan terhadap kecemerlangan kerjaya dan rumah tangga era globalisasi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual mendalam bagi mengumpulkan data utama. Temu bual mendalam dijalankan terhadap wanita cemerlang kumpulan pengurusan dan professional sektor awam bagi mengenal pasti kemahiran utama yang diperlukan oleh wanita berkerjaya dan berumah tangga masa kini. Data sokongan temu bual juga melibatkan suami, anak, majikan dan rakan sekerja bagi mewujudkan triangulation data kajian. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis secara bertema menggunakan perisian Nvivo 7.0. Pola-pola dapatan kajian ini telah menghasilkan model kemahiran utama yang menyokong kejayaan wanita berkerjaya dan berumah tangga sesuai dengan tuntutan semasa.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Science and technology, housewives
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:47906
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:13 Jul 2015 02:05
Last Modified:13 Sep 2017 07:48

Repository Staff Only: item control page