Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Manzil: Ayat al-Quran Pelindung Diri Harian

Jasmi, Kamarul Azmi (2018) Manzil: Ayat al-Quran Pelindung Diri Harian. Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, Skudai Johor. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext) - Published Version
4MB

Abstract

Manzil: Ayat al-Quran Pelindung Diri Harian Manzil: Ayat al-Quran Pelindung Diri Harian merupakan siri buku yang dikeluarkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tujuan dijadikan amalan harian yang sangat berguna bagi umat Islam. Sedikit kajian dilakukan untuk memahami hakikat ayat Manzil yang diajarkan oleh tokoh Islam terkenal, iaitu Maulana Muhammad Zakariyya al-Khandahlawi dalam bahasa urdu sebelum kajian yang lebih terperinci dilakukan untuk dikeluarkan buat pengetahuan umat. Buku ini dianggap sebagai alternatif lain bacaan al-Ma'thurat dalam kalangan umat Islam dan sangat berguna untuk dijadikan bacaan harian buat dibaca pada waktu pagi dan petang atau pada waktu antara waktu Maghrib hingga sebelum tidur. Dalam buku ini dikemukakan hadis yang warid tentang segala senarai bacaan Manzil ini yang terdapat juga kelebihan yang dinyatakan dalam hadis tersebut. Secara keseluruhannya terdapat 76 potongan ayat al-Quran dalam 16 kelompok potongan daripada 13 surah al-Quran. Buku ini diharap dapat dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai panduan dan bacaan harian bagi mengukuhkan rohani mereka di samping mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW melalui hadisnya, iaitu sebagai pelindung diri dan keluarga daripada ganguan jin dan syaitan.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
ID Code:85675
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Sep 2020 09:10
Last Modified:30 Sep 2020 09:10

Repository Staff Only: item control page