Panot, Hiasan and Mohd. Rahman, Ahmad Farhan and Zainal Abidin, Muhammad Zainal Fitri and Mohamed, Ahmad Kilani (2015) Gugatan akidah: benci al-Quran. In: Seminar Pemantapan Akidah 2015, 16 Mei 2015, Dewan Kuliah Khadijah, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor.
|
PDF (Fulltext)
421kB |
Abstract
Penulisan kajian membahaskan tentang permasalahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam masa kini mengenai perbuatan membenci al-Quran. Skop penulisan berkisar tentang takrif, nama lain bagi al-Quran, dalil, pengunaan perkataan benci dalam al-Quran, punca membenci al-Quran dan sebagainya. Al-Quran merupakan kitab terakhir yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW, kandungannya meliputi seluruh aspek kehidupan, merentas zaman, mampu menundukkan akal fikiran, dan mengubati segala kejahilan yang lahir atas sifat hamba yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Sebagai umat Islam adalah wajar mengambil perhatian dengan sepenuh keimanan untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, agar menjadi hamba yang tergolong dalam kalangan hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang tidak terhingga. Agama Islam memberi ruang dan peluang kepada penganutnya untuk memilih cara hidup masing-masing tetapi mestilah tidak terkeluar dari landasan syariat Allah SWT. Walaubagaimanapun terdapat kumpulan dan fahaman yang membenci al-Quran kerana kejahilan dan ketandusan ilmu, maka perlu dilaksanakan gerakan dakwah secara menyeluruh untuk membenteras dan memberi kesedaran seterusnya mengeluarkan golongan tersebut dari kepompong kejahilan mereka. Semoga golongan yang membenci al-Quran tersebut akan memperolehi taufiq dan hidayah dari Allah SWT untuk menjadi hamba yang soleh.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Islamic education, al-Quran |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology |
Divisions: | Islamic Studies |
ID Code: | 53484 |
Deposited By: | Dr. Kamarul Azmi Jasmi |
Deposited On: | 14 Feb 2016 00:44 |
Last Modified: | 14 Feb 2016 00:48 |
Repository Staff Only: item control page