Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman tentang konsep asas dakwah islamiah dan metodologi dakwah islamiah di kalangan pelajar-pelajar Institut Agama Islam Kedah (INSANIAH)

Abdullah, Syahrul Faizaz and Othman, Azizah and Ismail, Solahuddin (2006) Kefahaman tentang konsep asas dakwah islamiah dan metodologi dakwah islamiah di kalangan pelajar-pelajar Institut Agama Islam Kedah (INSANIAH). In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Full text)
219Kb

Abstract

Kajian ini meninjau tentang kefahaman pelajar-pelajar Institut Agama Islam Kedah tentang kerja-kerja dakwah. Populasi kajian seramai 637 orang dan seramai 204 te pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian dari fakulti Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Dua aspek utama yang akan dilihat iaitu kefahaman tentang konsep dan kefahaman tentang metodologi dakwah. Data dikutip dengan menggunakan borang soalselidik dan dianalisis dengan prisian komputer SPSS. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi didapati bahawa kefahaman pelajar-pelajar tentang konsep dakwah tinggi manakala kefahaman tentang metodologi dakwah di peringkat sederhana. Kajian juga mendapati terdapat perhubungan antara tahap kefahaman pelajar tentang konsep dakwah dengan tahap kefahaman tentang metodologi dakwah. Oleh itu kajian ini mencadangkan supaya usaha-usaha dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tentang kerja-kerja dakwah sebagai persediaan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab ini dalam masyarakat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Dakwah; pendakwah; konsep asas dakwah; metodologi dakwah
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Studies
ID Code:589
Deposited By: Pn Khairulbahiyah Yaakub
Deposited On:16 Feb 2007 08:29
Last Modified:01 Jun 2010 02:46

Repository Staff Only: item control page