Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gugatan akidah: mencela para sahabat

Iskandar, Norlaila and Mohd. Don Basari, Nur Humairah and Jasmi, Kamarul Azmi (2015) Gugatan akidah: mencela para sahabat. In: Seminar Pemantapan Akidah 2015, 16 Mei 2015, Dewan Kuliah Khadijah, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF (Cover)
35kB
[img]
Preview
PDF (Fulltext)
110kB

Abstract

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi yang keempat, definisi kepada perkataan ‘mengingkari’ adalah memungkiri, menafikan, tidak menerima kenyataan atau perintah yang ditetapkan. Perkataan mencela pula membawa maksud membuka aib, mengata, dan bercakap sesuatu yang tidak elok di belakang seseorang itu. Seperti yang diketahui oleh semua orang Muslim, sahabat Rasulullah SAW merupakan insan yang pernah berjumpa dan pernah menerima ajaran yang diturunkan oleh Baginda. Segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW merupakan perintah yang diperintahkan oleh Allah dan pun tertulis dalam al-Quran. Maka, tajuk mengingkari dan mencela sahabat Rasulullah SAW ini akan membuka mata pembaca yang perbuatan tersebut amatlah ditegah untuk diperlakukan oleh seorang yang bergelar Muslim yang beriman. Antara salah satu sub topik yang akan dibincangkan melalui penulisan ini adalah ‘golongan yang mencela dan menghina para sahabat’. Dari situ para pembaca dapat melihat beberapa kaum terdahulu yang melakukan perbuatan yang salah di sisi Allah malah dilaknat oleh Rasulullah SAW sendiri. Dari situ juga akan dapat diperlihatkan balasan yang diturunkan kepada mereka yang mengingkari dan mencela para sahabat Rasulullah SAW. Penulisan ini juga turut membincangkan hukum yang ditetapkan terhadap mengingkari dan mencela sahabat Rasulullah SAW. Selain itu, ayat al-Quran yang disertakan juga menunjukkan larangan yang sendiri tertulis dalam kitab suci tersebut mengenai mengingkari dan mencela sahabat Rasulullah SAW. Sesungguhnya, semua umat Islam diajar untuk mengikut segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, dan mengikut dan sentiasa memuji segala percakapan dan perbuatan yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah SAW merupakan satu iktikad.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Prophet Muhammad, friends
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
Divisions:Education
ID Code:50747
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Dec 2015 01:41
Last Modified:08 Aug 2017 01:01

Repository Staff Only: item control page