Sulaiman, Nurul Hidayah and Kamaruddin, Nor Kamilah and Jasmi, Kamarul Azmi (2015) Gugatan akidah: mengingkari dan mencela Rasulullah. In: Seminar Pemantapan Akidah 2015, Dewan Kuliah Khadijah, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor.
|
PDF (Cover)
33kB | |
|
PDF (Fulltext)
130kB |
Abstract
Hasil daripada semakan dan rujukan hal berkaitan dengan mencela dan mengingkari rasulullah SAW adalah merupakan perkara yang tidak wajar dilakukan oleh umat Islam sendiri. Hal ini kerana sesungguhnya risalah yang disampaikan oleh nabi adalah utusan dan perintah daripada Allah supaya manusia mengetahui akan kewujudan Allah yang maha esa, maha berkuasa dan tidak ada kematian bagi Allah. Melalui perhatian dan analisis berkaitan dengan kejadian murtad dalam kalangan orang Islam adalah merupakan perkara yang tidak sewajarnya berlaku pada alaf ini kerana situasi dan ilmu pengetahuan sekarang amat luas hingga ke pelosok dunia. Sejurus dengan itu, kejadian sebegini sangat memalukan dan menjatuhkan martabat dan lambing keislaman melibatkan semua air muka orang Islam dipertikaikan sesama Muslim mahupun Negara barat. Akidah islamiah yang unggul dan sepatutnya dipelajari oleh semua umat Islam pada masa kini oleh kerana dunia semakin maju serta perkembangan teknologi yang begitu canggih dan mencabar menjadikan manusia lebih hebat, bijak dan berkerjaya. Oleh itu, wajarlah manusia menggali ilmu Allah sementara masih diberi nafas oleh Allah untuk berbakti kepada dunia dan akhirat.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Prophet Muhammad |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology |
Divisions: | Education |
ID Code: | 50746 |
Deposited By: | Dr. Kamarul Azmi Jasmi |
Deposited On: | 30 Dec 2015 01:40 |
Last Modified: | 30 Dec 2015 01:40 |
Repository Staff Only: item control page