Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menurut pentaksiran rakan sebaya

Safar, Ajmain @ Jimaain and Tamuri, Ab. Halim (2011) Tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menurut pentaksiran rakan sebaya. In: 2nd Internation Conference on Islamic Educatioan 2011, 19th – 21st, December, 2011, Equatorial Hotel, Bangi-Putrajaya, Selangor.

[img]
Preview
PDF
338kB

Abstract

Kertas kcija ini bertujuan untuk mclihat penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar Islam Tingkatan Empat Sekolah Menengah di Negeri Johor mengikut pentaksiran oleh rakan sebaya. Bagi memenuhi objektif kajian ini, instrumen yang mengandungi 7 konstruk akhlak yang terdiri daripada konstruk akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap Rasul, akhlak terhadap diri, akhlak terhadap keluarga, akhlak terhadap masyarakat, akhlak terhadap alam sekitar dan akhlak terhadap negara yang mengandungi 167 item telah dibentuk. Penilai setiap responden telah dilakukan oleh dua orang rakan sebaya yang ditentukan oleh guru. Seramai 874 responden terlibat sebagai pentaksir dan 437 responden yang dinilai. Indeks kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dengan indeks kebolehpercayaan item 0.99 dan indeks kebolehpercayaan person pula 0.99. Hasil kajian mendapati tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor herada di tahap baik hingga ke atas seramai 336 orang (76.9%); dan tahap lemah hingga ke bawah seramai 101 orang (23.1%). Daripada jumlah tersebut, pencapaian responden perempuan pada tahap baik dan ke atas seramai 82.9% lebih baik berbanding pencapaian responden lelaki seramai 70.1% berada pada tahap baik dan ke atas. Analisis juga menunjukkan responden bersekolah di kawasan bandar memiliki aras pencapaian baik dan ke atas lebih tinggi iaitu 81.5% berbanding lokasi sekolah di luar bandar seramai 73.5%. Daripada 167 item instrumen yang digunakan, terdapat 4.8% daripadanya merupakan elemen akhlak yang paling sukar dilaksanakan oleh rakan sebaya dan hanya 47% daripada keseluruhan item di dalam 7 kontrak, mudah dilaksanakan oleh rakan sebaya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Islamic education
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:47911
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:13 Jul 2015 02:12
Last Modified:17 Sep 2017 01:17

Repository Staff Only: item control page