Abdul Rani, Anita and Ahmad, Aini and Hashim, Haslinda (2006) Amalan kecerdasan emosi sebagai pendorong kecemerlangan sahsiah pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM). In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)
|
PDF (Full text)
117kB |
Abstract
Kemahiran Teknikal pelajar dan Kemahiran Soft Skills semakin dipandang penting hari ini. Pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya akan bertambah cemerlang jika dia mempunyai kemahiran Soft Skills yang tinggi. Di antara elemen yang ditekankan di KUKTEM adalah nilai-nilai positif dan kemahiran berkomunikasi. Kecerdasan Emosi dilihat sebagai satu pendorong kepada kecemerlangan sahsiah pelajar kerana Kecerdasan Emosi memberikan ruang kepada pelajar untuk mengenali sifat dan sikap mereka serta menyumbang kepada kestabilan berfikir secara objektif di dalam situasi yang memberi tekanan. Sebagai pelajar yang bakal menjadi graduan, mereka perlu mengenal diri sendiri sebagai langkah-langkah untuk menjadi pekerja yang baik. Elemen nilai-nilai positif di dalam pelaksanaan Soft Skills di KUKTEM mengutamakan Kecerdasan Emosi agar para pelajar dapat mengenali diri mereka sendiri dan juga mudah menyesuaikan diri apabila mereka melangkah lebih jauh ke alam pekerjaan. Kecerdasan Emosi atau lebih dikenali dengan 'Emotional Intelligence' merujuk kepada memahami emosi sendiri (self awareness), memotivasikandiri (self motivation), mengendalikan hubungan silaturrahim dengan orang lain (managing relationship), empati (empathy) dan kebolehan mengendalikan emosi (mood management). Melalui pemahaman yang jitu terhadap Emotional Intelligence dan mengaplikasikan pengertian ini secara amalan di dalam kehidupan seharian, pelajar akan berjaya memartabatkan dirinya bukan sahaja di dalam bidangnya malah secara global di mata masyarakat.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Soft skills; kecerdasan emosi |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa) |
Divisions: | Others |
ID Code: | 450 |
Deposited By: | Khairulbahiyah Yaakub |
Deposited On: | 16 Feb 2007 02:54 |
Last Modified: | 12 Aug 2015 03:42 |
Repository Staff Only: item control page