Jasmi, Kamarul Azmi (2008) Tatacara adab mengimarah Masjid. In: Pengimarahan Masjid dalam Agenda Ummah. Universiti Teknologi Malaysia Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 15-41. ISBN 978-983-52-0507-1
PDF (Fulltext)
3MB |
Abstract
Masjid dipanggil sebagai baitullah, iaitu rumah Allah S.W.T. Apabila menyebut tentang rumah Allah S.W.T., iaitu selaku rumah Raja bagi segala raja di dunia dan akhirat, maka protokol di rumahNya sudah tentu perlu diambil berat oleh manusia yang mengunjunginya agar kesan rahmat, kasih sayang dan hidayah-Nya benar-benar dapat dimiliki oleh pengunjungnya. Justeru, dalam artikel ini, perbincangan akan menumpukan secara ringkas tatacara adab dalam masjid dengan melihat kepada peranan, matlamat dan kelebihan tatacara adab tersebut yang diambil daripada sumber alQuran dan hadis. Masjid menurut Ibnu Manzur, (1997: 204/3) merupakan ism makan yang bererti tempat orang yang sujud di atasnya. Al-Dzujaj mendefinisikan masjid sebagai semua tempat yang terdapat orang beribadat (kepada Allah S.W.T.). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. (al-Bukhari, 1994: 129/1; al-Nasa’i, 1930: 210/1): Terjemahan: Daripada Jabir bin ‘Abdullah, dia melaporkan, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku diberikan (oleh Allah S.W.T.) lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun..dan dijadikan untukku bumi sebagai masjid dan suci.” (Al-Bukhari) Kemudian perkataan masjid menurut Sibawaih (Ibnu Manzur, 1997: 204/3) dijadikan nama bagi rumah (ibadat orang Islam). Definisi ini disokong oleh Kamus Dewan (1995: 1002) yang menyatakan bahawa masjid merupakan bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah yang lain. Masjid disebut rumah Allah berdasarkan banyak firman Allah, antaranya, Terjemahan: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Surah al-Taubah, 9:18) Terjemahan: (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Surah al-Nur, 24:36) Oleh kerana rumah Allah S.W.T. di dunia adalah masjid, maka Islam telah memperkenalkan protokol dan tatacara yang sesuai dengan kebesaran rumah tersebut untuk diamalkan oleh umat Islam di dunia ini. Gambaran protokol ini boleh digambarkan sebagaimana umat manusia yang dijemput ke istana raja di dunia. Mereka akan memperhatikan pakaian yang sesuai, buat tangan yang setaraf dengan kedudukan raja dan mengetahui, mempraktikkan protokol yang telah digariskan di istana agar tidak dimurkai oleh raja yang menjemputnya. Namun begitu gambaran ini tidak boleh menyamai dengan Raja bagi segala raja, iaitu Allah S.W.T. dengan segala kebesaran dan keagungannya, kerana Dia tiada tandingnya dengan raja-raja di dunia. Subtajuk berikut akan membincangkan tatacara ketika berada di rumah Allah S.W.T., iaitu masjid dengan melihat hikmat dan tujuan tatacara tersebut.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum |
Divisions: | Education |
ID Code: | 41080 |
Deposited By: | Dr. Kamarul Azmi Jasmi |
Deposited On: | 27 Aug 2014 01:47 |
Last Modified: | 07 Aug 2017 00:45 |
Repository Staff Only: item control page