Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengasimilasi budaya Islam dalam organisasi untuk mempertingkatkan modal insan para pekerja

Jasmi, Kamarul Azmi (2008) Mengasimilasi budaya Islam dalam organisasi untuk mempertingkatkan modal insan para pekerja. In: The 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008, Tiara Beach Resort, Port Dickson.

[img] HTML - Accepted Version
19kB

Official URL: http://repo.uum.edu.my/2656/

Abstract

Dalam organisasi berbudaya Islam, ada beberapa tanggungjawab utama pengurus atau ketua terhadap staf yang berada di bawah penyeliaan mereka. Salah satu aspek yang menjadi tuntutan dalam Islam kepada mereka ialah menghidupkan budaya Islam di kalangan pekerja. Kejayaan menghidupkan budaya Islam ini memberikan implikasi yang besar kepada pengurusan organisasi yang bukan sahaja memberi impak yang besar kepada keuntungan ukhrawi ketua dan pekerja bahkan memberikan impak yang baik kepada keuntungan duniawi organisasi keseluruhan. Semua ini bertitik tolak daripada kejayaan membangunkan modal insan ketua-pekerja dan merupakan aspek kritikal untuk ditegakkan dalam organisasi berbudaya Islam. Justeru, perbincangan kertas kerja ini cuba menyingkap keuntungan yang boleh diperoleh oleh sesebuah organisasi berbudaya Islam selain melihat perkara yang sepatutnya dilaksanakan oleh pengurus dan ketua mereka bagi mempertingkatkan modal insan ahli organisasi di bawah pengurusan mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Education
ID Code:41078
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:27 Aug 2014 05:26
Last Modified:23 Oct 2017 03:57

Repository Staff Only: item control page