Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendidikan balaghah Arab di Malaysia

Muhammad, Azhar (2008) Pendidikan balaghah Arab di Malaysia. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0481–4

[img]
Preview
PDF
81kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Kedatangan Islam ke alam Melayu mempunyai hubungan langsung dengan kemasukan ilmu–ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, dan lain–lain. Antara komponen pengajian yang ditawarkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, pendidikan balaghah telah diiktiraf sebagai salah satu komponen yang penting dalam kurikulum kebangsaan hingga ke peringkat tertinggi. Pendidikan Balaghah Arab di Malaysia memperkenalkan ilmu balaghah Arab, kepentingan, dan isu–isu yang dibincangkan dalam pembelajarannya. Prinsip pengajaran dan situasi pembelajarannya juga dikemuka bagi memberikan gambaran yang jelas tentang realiti pengajiannya di Malaysia. Bagi memperlihatkan kesinambungan pengajiannya, buku ini menampilkan dua kajian tentang pembelajaran balaghah dalam kalangan pelajar Melayu melalui kurikulum yang berbeza sama ada kurikulum kebangsaan atau Ma’had al–Bu’uth al–Islamiyyat, Al–Azhar, Mesir. Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat terkini tentang perkembangan pendidikan balaghah Arab di negara ini. Buku ini sesuai untuk dibaca dan dirujuk oleh pelajar, pendidik, pengkaji bahasa dan pembaca awam yang berminat untuk mengetahui perkembangan pendidikan balaghah Arab.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30060
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:10 Apr 2013 06:17
Last Modified:01 Aug 2017 03:24

Repository Staff Only: item control page