Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Khat & jawi: mutiara kesenian Islam sejagat

Hamzah, Abd. Rahman (2008) Khat & jawi: mutiara kesenian Islam sejagat. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0485–2

[img]
Preview
PDF
82kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini membincangkan asal usul dan sejarah seni khat sejak zaman sebelum Islam. Setelah kedatangan Islam, tulisan ini melalui era yang begitu menakjubkan sehingga mencapai tahap kesempurnaan tertinggi dan penggunaannya tersebar ke merata–rata tempat di dunia. Seterusnya, buku ini membicarakan aspek fizikal dan praktikal seni khat, meliputi jenis dan bentuk seni khat, selain memaparkan peralatan tradisional dan moden yang digunakan, kaedah pembelajarannya serta ciri–ciri penulis khat yang perlu dihayati. Beberapa tokoh seni khat teragung dipaparkan sebagai mengimbau kehidupan dan sumbangan yang telah ditinggalkan kepada generasi kini. Selain itu, turut dibincangkan tentang fenomena mutakhir yang berlaku kepada seni khat dan jawi yang memaparkan usaha pihak penjajah Barat dengan pelbagai alasan bagi menghapuskan pengaruh tulisan Arab. Alasan mereka ini dipapar dan dibincangkan sehingga terbukti bahawa tuduhan mereka ke atas tulisan ini tidak berasas sama sekali. Khat & Jawi: Mutiara Kesenian Islam Sejagat ditulis untuk membantu para pencinta dan pengkaji kesenian Islam mengenali seni khat dan jawi dengan lebih dekat serta sesuai dibaca oleh masyarakat umum yang berminat terhadap kesenian ini.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30059
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:10 Apr 2013 06:15
Last Modified:01 Aug 2017 03:21

Repository Staff Only: item control page