Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konsep pendidikan bersepadu berteraskan Islam dalam membangun insan berkualiti

Hashim, Shahrin and Mohmi, Sarimah (2008) Konsep pendidikan bersepadu berteraskan Islam dalam membangun insan berkualiti. In: Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Penerbit UTM , Johor, pp. 228-241. ISBN 978-983-52-0533-0

[img]
Preview
PDF
48kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Ilmu dan kehidupan mempunyai hubungan sembiotik, saling bergantung dan melengkapi antara satu sama lain. Keseimbangan dalam memenuhi kedua-duanya akan membuah keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Melalui wahyu pertama berbunyi ‘Iqra” jelas menyatakan bahawa ilmu merupakan salah satu keperluan asas kognitif yang utama. Walaupun ringkas perkataan “Iqra”, namun ia membawa pengertian yang meluas dan mendalam. Pendidikan merupakan satu proses memperoleh ilmu. Dalam bahasa Inggeris disebuat education yang diambil dari perkataan educare yang bermaksud memelihara dan mengasuh. Pendidikan menurut James Mill pula sebagai satu proses memberi pertolongan maksimum kepada setiap anggota masyarakat supaya hidup penuh keselesaan serta kegembiraan ( Ee Ah Meng :88:3). Menurut sarjana Islam perkataan pendidikan diterjemahkan dari perkataan Arab al-tarbiyah yang bererti mengukuh, memelihara atau memimpin. Menurut Muhammad Qhutub, pendidikan atau altarbiyah merupakan proses untuk membina manusia secara menyeluruh. Ia mencakupi rohani, jasmani, intelek,kebendaan dan kreativiti kehidupan. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi mendefinisikan pendidikan sebagai proses pembentukan akhlak dan budi pekerti yang sanggup menghasilkan orang yang bermoral, mempunyai jiwa yang bersih, niat yang kuat, cita-cita yang benar dan bertanggungjawab serta dapat membezakan antara baik dan buruk. Pendidikan amat penting untuk menjuruskan manusia yang dilahirkan dalam keadaan putih bersih itu kearah corak yang diperlukan demi kebaikan individu manusia yang dididik dan sinarnya memancar kepada masyarakat sejagat. Perubahanperubahan yang dibentuk melalui proses pendidikan itu mesti berasaskan acuan yang dirancang mengikut fitratullah dan menepati ajaran agama. Rasullah SAW bersabda yang bermaksud “Setiap anak yang dilahirkan itu bersih (Fitrah) maka kedua-dua ibu bapalah yang bertanggung jawab mencorakkannya sama ada Kristian, Yahudi atau Majusi.” Ibu bapa merupakan agen yang pertama untuk menyampaikan pendidikan bermula sejak di dalam kandungan hingga melangkah ke alam persekolahan. Asas awal inilah bakal mencorakkan kehidupan yang seterusnya setiap insane mengikut kehendak didikan seterusnya yang diterimanya.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:22988
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:15 Mar 2012 06:14
Last Modified:09 Oct 2017 06:50

Repository Staff Only: item control page