Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengabaian tanggungjawab suami terhadap hak isteri di kalangan orang-orang Melayu

Muhammad, Azhar and Jasmi, Kamarul Azmi (2004) Pengabaian tanggungjawab suami terhadap hak isteri di kalangan orang-orang Melayu. In: Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004, 2004, Main Hall, Faculty of Education, Universiti Malaya. (Unpublished)

[img] PDF (Fulltext) - Submitted Version
164kB

Abstract

Institusi keluarga yang baik menjadi asas kepada pembangunan masyarakat atau negara. Kemakmuran hidup masyarakat atau negara bergantung kepada keutuhan institusi keluarga. Kedua-dua institusi keluarga dan masyarakat saling berkait antara satu sama lain dalam menentukan corak dan hala tuju pembentukan generasi dan negara. Kekuatan institusi keluarga dan masyarakat akan menentukan kemajuan dan pembangunan negara. Sementara kelemahan kedua-dua institusi ini pula akan menimbulkan pelbagai krisis dan masalah yang meruntuhkan negara. Memandangkan kepentingan kebahagiaan dan kesejahteraan institusi keluarga, Islam telah menentukan peraturan, undang-undang dan syariat seperti perintah dan galakan untuk berkahwin, penetapan hak dan tanggungjawab suami isteri serta hak anak-anak dan hak ibu bapa. Semua perkara ini mempunyai perkaitan yang amat rapat bagi pembentukan sebuah institusi kekeluargaan yang mantap sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Pembentukan sebuah rumah tangga dalam Islam adalah melalui proses perkahwinan yang sah. Perkahwinan akan mengatur kehidupan rumah tangga dan keturunan yang akan menjadi susunan kepada kelompok masyarakat yang besar. Tujuan ini akan tercapai berasaskan kepada eratnya hubungan kasih sayang antara sua mi isteri dan pergaulan yang baik antara mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:wife rights
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:20788
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:06 Sep 2014 05:16
Last Modified:11 Oct 2017 01:29

Repository Staff Only: item control page