Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian akhlak dan pengamalan remaja muslim berdasarkan kitab Jami’ Ulum Wal Hikam oleh Imam Ibnu Rajab Hanbali.

Hehsan, Aminudin and Rosman, Arieff Salleh and Khairulanwar, Bal Ikhwan and Ghazali, Mohd Al'Ikhsan and Mohd. Yusof, Farahwahida and Junaidi, Juhazren (2022) Kajian akhlak dan pengamalan remaja muslim berdasarkan kitab Jami’ Ulum Wal Hikam oleh Imam Ibnu Rajab Hanbali. Umran - International Journal Of Islamic And Civilizational Studies, 9 (2). pp. 73-83. ISSN 2289-8204

[img] PDF
350kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2022.9n2.527

Abstract

Akhlak merupakan suatu identiti penting yang melambangkan keunggulan dan keperibadian seseorang remaja muslim. Islam amat memandang tinggi soal kredibiliti dan akhlak dalam kalangan umatnya. Kajian ini betujuan bagi mengenalpasti kefahaman akhlak dan pengamalannya dalam kalangan remaja Muslim berdasarkan hadis yang terdapat dalam kitab Jami’ Ulum Wal Hikam oleh Ibnu Rajab Hanbali. Objektif pertama kajian ini adalah menganalisis secara bertema ke atas hadis-hadis yang berkaitan dengan akhlak di dalam kitab Jami’ul Ulum Wal Hikam, manakala objektif kedua ialah menganalisis pengamalan tingkah laku melalui pembentukan akhlak remaja Muslim. Kajian ini juga akan mengenal pasti tahap pengamalan dalam kalangan pelajar Muslim di Johor Bahru. Kajian ini mengadaptasi dua metodologi, iaitu kaedah analisis perpustakaan dengan meneliti hadishadis dalam kitab Imam Ibnu Rajab. Hadis yang terdapat dalam kitab ini dibahagikan kepada ketegori dan tema yang sesuai dengan hadis tersebut. Metodologi yang kedua ialah menganalisis pengamalan pelajar berdasarkan hadis dalam kitab Jami’ Ulum Wal Hikam oleh Ibnu Rajab Hanbali. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang kaji selidik. Seramai 371 responden telah terlibat dalam kalangan pelajar tingkatan empat, lima dan enam daripada jumlah keseluruhan populasi berjumlah 700 pelajar di tiga buah sekolah sekitar Johor Bahru. Data dianalisis menggunakan Statistic Package for the Sosial Science (SPSS). Keputusan kajian bagi pengamalan tingkah laku dan keperibadian remaja menunjukkan purata min yang tinggi iaitu 4.415 hingga 4.690. Daripada data analisis ini menunjukkan purata pengamalan akhlak dalam kalangan remaja yang terdapat dalam kajian ini adalah tinggi dan memuaskan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Moral, manners and adolescentsin in hadis
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:104732
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:25 Feb 2024 04:03
Last Modified:25 Feb 2024 04:03

Repository Staff Only: item control page