Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyelesaian terhadap isu perpecahan dalam kalangan umat Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Ab. Rahman, Tazlie Sham and Basiron, Bushrah (2022) Penyelesaian terhadap isu perpecahan dalam kalangan umat Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7 (8). pp. 1-14. ISSN 2504-8562

[img] PDF
320kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1646

Abstract

Al-Quran dan sunah mengandungi beberapa saranan umum sebagai panduan umat Islam untuk mengekalkan perpaduan. Artikel ini menerangkan beberapa saranan al-Quran dan sunah secara ringkas sekiranya dipraktikkan dalam kehidupan dapat menjaga kesatuan umat Islam yang menonjolkan sikap toleransi dalam perbezaan pendapat. Metodologi kajian yang digunakan ialah melalui pendekatan kajian kualitatif dengan memilih kaedah analisis kandungan daripada sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian menunjukkan beberapa saranan al-Quran yang menggariskan beberapa konsep penting untuk kesatuan umat yang boleh disemai dan dicapai walaupun wujud perbezaan pandangan. Perkara paling penting ialah saranan-saranan yang ingin dipraktikkan mestilah bertunjangkan keimanan yang hakiki. Perpecahan dalam kalangan umat Islam mesti diselesaikan untuk mengelakkan krisis yang lebih besar yang akan merugikan umat Islam itu sendiri jika dibiarkan tanpa usaha-usaha ke arah penyatuan ummah. Kesimpulannya, permasalahan dan isu perpecahan umat Islam boleh diselesaikan dengan petunjuk al-Quran dan sunah jika wujud kefahaman dan penghayatan dengan bersungguh-sungguh dalam segala aspek kehidupan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Perpecahan, Penyatuan, Ummah, Islam, Quran, Sunah
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:104532
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:08 Feb 2024 08:27
Last Modified:08 Feb 2024 08:27

Repository Staff Only: item control page