Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ciri-ciri pembelajaran kolaboratif menerusi google classroom yang meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Abu Kasim, Rashimah and Tasir, Zaidatun (2022) Ciri-ciri pembelajaran kolaboratif menerusi google classroom yang meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7 (3). pp. 1-20. ISSN 2504-8562

[img] PDF
1MB

Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1332

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pembelajaran kolaboratif disokong komputer (Computer-supported collaborative learning, CSCL) yang digunakan di dalam e-pembelajaran Sains bagi tajuk Kereaktifan Logam menerusi Google Classroom dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar (KBAT). Seramai 32 orang murid tingkatan tiga yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik ciri-ciri dari pendekatan Pembelajaran Kolaboratif disokong Komputer (CSCL). Semua dapatan dalam kajian ini dianalisis dan diproses oleh komputer menggunakan program SPSS versi 22.0 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa semua pelajar setuju dimana ciri-ciri persekitaran pembelajaran CSCL yang digunakan dalam e-pembelajaran Sains ini membantu proses peningkatan KBAT pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran Sains Tingkatan 3 bagi topik Kereaktifan Logam. Kajian ini telah memberikan sumber maklumat kepada guru Sains bagaimana caranya untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan e-pembelajaran Sains yang mengandungi ciri-ciri pembelajaran CSCL yang telah ditetapkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Science e-learning, Computer-supported, collaborative learning (CSCL), Reactivity of Metals, Higher order thinking skills (HOTS)
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:104528
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:08 Feb 2024 08:25
Last Modified:08 Feb 2024 08:25

Repository Staff Only: item control page