Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konseptual pondokstay dalam pelancongan pendidikan Islam berteraskan komuniti.

Mohammed Zabidi, Mahfuzah and Mohammed Zabidi, Ahmad Fakhrurrazi and Abd. Rahman, Nur Najwa Hanani and Tukiman, Norbaiti and Abdullah, kmaliza (2022) Konseptual pondokstay dalam pelancongan pendidikan Islam berteraskan komuniti. Tinta Artikulasi Membina Ummah (TAMU), 8 (2). pp. 148-160. ISSN 2289-960X

[img] PDF
394kB

Official URL: http://www.journaltamu.com/wp-content/uploads/2022...

Abstract

Institusi pondok memiliki kelebihan tersendiri dari sudut pendidikan dan pelancongan. Namun begitu, potensi pondok sebagai destinasi pelancongan pendidikan Islam masih belum sepenuhnya diteroka meskipun institusi ini sering dikunjungi oleh masyarakat umum. Artikel ini mengetengahkan pembangunan konseptual serta kriteria dan keunikan insitusi pondokstay dalam pelancongan pendidikan Islam berteraskan komuniti pondok. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Beberapa tahap perbincangan dilakukan bagi mendapatkan kesahan terhadap konseptual pondokstay. Hasil kajian ini mendapati tiga teras yang mendasari konseptual pondokstay iaitu pelancongan berasaskan komuniti, pelancongan Islam dan pelancongan pendidikan. Selain itu, terdapat sepuluh kriteria utama pondokstay iaitu tuan guru, pelajar, kitab, amalan harian, persekitaran islamik, penginapan, amenities, kebolehsampaian, daya tarikan dan aktiviti pelancongan yang boleh dijadikan panduan kepada institusi pondok di Malaysia bagi menawarkan pondokstay di institusi pondok masing-masing. Selain menjadi salah satu bentuk pelancongan pendidikan Islam, pondokstay juga dapat menjadi saluran penjanaan pendapatan bagi institusi pondok dan medium penyebaran ilmu dan nilai Islam kepada masyarakat dalam dan luar negara.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pondok, pondokstay, pelancongan pendidikan, pendidikan Islam, komuniti Islam
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Studies
ID Code:104323
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:27 Jan 2024 01:48
Last Modified:27 Jan 2024 01:48

Repository Staff Only: item control page