Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aplikasi fiqh al-Ta‘ayush yang berorientasikan prinsip wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Hamdan, Mohammad Naqib and Ramli, Mohd. Anuar and Marinsah, Syamsul Azizul and Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Abdul Razak, Muhd. Imran and Zulkepli, Muhammad Izzul Syahmi (2021) Aplikasi fiqh al-Ta‘ayush yang berorientasikan prinsip wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Hadhari, 13 (1). pp. 15-35. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
443kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/4907...

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri dalam daging yang menghambat proses perpaduan antara kaum di Malaysia. Justeru, segregasi sosial dan budaya ini perlu diharmonikan bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan penuh kedamaian. Antara pendekatan yang boleh digunapakai adalah fiqh al ta‘ayush (co-existence) antara kaum dan agama yang berpaksikan prinsip kesederhanaan yang pernah dipraktikkan pada zaman Nabi SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin. Sehubungan itu, kajian kualitatif ini membincangkan tentang konsep fiqh al-ta‘ayush yang berorientasikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) yang menjadi teras dalam menangani isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan aplikasi fiqh ta‘ayush yang melibatkan penyertaan aktif semua pihak di Malaysia, diharapkan Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin dapat direalisasikan bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:hubungan sosial, komunikasi multikultural, isu sensitif, toleransi, fiqh al-Ta'ayush
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:98379
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:11 Dec 2022 03:42
Last Modified:11 Dec 2022 03:42

Repository Staff Only: item control page