Jamil, Norlila (2021) Penentuan pampasan munasabah bagi pengambilan tanah yang telah mempunyai kelulusan pembangunan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying.
|
PDF
263kB |
Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...
Abstract
Sejak kebelakangan ini, perkembangan dalam pembangunan tanah dilihat menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi menyebabkan kebanyakkan tanah-tanah di lokasi yang strategik mula dirancang untuk pembangunan. Kesan daripada itu, kerajaan dilihat perlu menyediakan lebih banyak kemudahan bagi menampung keperluan pembangunan yang pesat ini dengan cara pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960. Namun begitu penentuan pampasan yang munasabah dan mencukupi bagi tanah yang telah mempunyai kelulusan pembangunan agak sukar untuk ditentukan serta isu utama yang dilihat adalah kebanyakan Pentadbir Tanah masih tidak dapat menentukan kos-kos yang wajar untuk diberi pertimbangan sewajarnya dalam penentuan pampasan. Oleh yang demikian matlamat kajian ini adalah mencadangkan suatu panduan kepada Pentadbir Tanah dalam menentukan pampasan munasabah bagi pengambilan tanah yang telah mempunyai kelulusan pembangunan bagi memberi keadilan sewajarnya kepada pihak-pihak yang terlibat. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti proses dan kos-kos yang terlibat dalam memperolehi kelulusan pembangunan serta mengkaji perkara dan kos-kos yang boleh diambil kira dalam penentuan pampasan munasabah bagi pengambilan tanah yang telah mempunyai kelulusan pembangunan. Skop kajian tertumpu kepada tiga kajian kes pengambilan tanah sebenar iaitu lot 964 Mukim Pengerang, PTD 112726 Mukim Senai dan lot 110300 Mukim Pulai. Seterusnya, responden yang terlibat dengan kajian ini merupakan Pentadbir Tanah dan Penilai Kerajaan di Negeri Johor dan hasil data yang diperolehi melalui kaedah temubual dianalisis secara kualitatif untuk mendapatkan jawapan kepada objektif kedua kajian iaitu perkara dan kos-kos yang boleh diambil kira dalam penentuan pampasan munasabah bagi pengambilan tanah yang telah mempunyai kelulusan pembangunan. Berdasarkan penemuan kajian terdapat perkara dan kos-kos yang boleh diambil kira dalam penentuan pampasan bergantung kepada peringkat kelulusan pembangunan iaitu peringkat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) ataupun peringkat kelulusan Serah Balik dan Kurnia Semula (SBKS). Selain itu, hasil penemuan kajian juga dapat melihat kepada tiga situasi pengambilan tanah yang berbeza sama ada pengambilan tanah melibatkan keseluruhan tanah, sebahagian tanah sahaja ataupun melibatkan tanah yang perlu diserahkan kepada kerajaan berdasarkan pelan pembangunan yang diluluskan. Berdasarkan penemuan tersebut, diharapkan kajian ini dapat memberi panduan kepada Pentadbir Tanah dan Penilai khususnya dalam membuat pertimbangan dalam penentuan pampasan yang munasabah bagi tanah-tanah yang telah mempunyai kelulusan pembangunan pada masa hadapan bagi memberi keadilan sewajarnya kepada pihak-pihak yang terlibat.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pampasan munasabah, kelulusan pembangunan, pengambilan tanah |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Built Environment |
ID Code: | 98273 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 30 Nov 2022 04:55 |
Last Modified: | 30 Nov 2022 04:55 |
Repository Staff Only: item control page