Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pentakrifan sosial daripada pembuat dasar dalam rekabentuk ruangan untuk perumahan golongan berpendapatan rendah di Malaysia

Yahya, Ahmad Shuib and Hassan, Asan Ali Golam and Ahmad, Mohd. Hamdan and Leng, Pau Chung (2021) Pentakrifan sosial daripada pembuat dasar dalam rekabentuk ruangan untuk perumahan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Akademika, 91 (2). pp. 117-128. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
247kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/436...

Abstract

Setelah 60 tahun pembangunan perumahan untuk kumpulan berpendapatan rendah disiapkan, masih lagi terdapat kritikan-kritikan dari bidang akademik berhubung kepada kualiti ruang perumahan. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk memeriksa manuskrip-menuskrip daripada pembuat dasar yang berkaitan dengan dasar perumahan untuk memahami bagaimana catatan dasar berhubung dengan perekabentuk. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan melibatkan dokumen-dokumen dasar perumahan yang diterbitkan untuk bacaan umum. Kajian ini telah berjaya menghimpunkan tiga tema utama yang mencerminkan hasrat Pembuat Dasar untuk menyampaikan khidmat mereka dalam menyediakan stok perumahan untuk kumpulan B40 di Malaysia. Dapatan kajian telah memperlihatkan bahawa secara teoritis, dasar-dasar perumahan yang dicatatkan adalah dibuat secara abstrak yang perlu diperhalusi pemahamannya oleh perekabentuk sebagai rujukan untuk merekabentuk. Pentakrifan sosial dari Pembuat Dasar berkemungkinan telah menjadikan perumahan untuk kumpulan B40 tidak mencapai kualiti berhubung kepada kesesuaian rekabentuk perumahan dengan corak sosial penghuni. Penyataan-penyataan didalam dasar dilihat tidak jelas untuk mendorong perekabentuk-perekabentuk menghasilkan rekaan yang berinovasi dalam menangani permasalahan penghunian. Dapatan kajian ini menyampaikan kekhuatiran terhadap pengaruh Pembuat Dasar berisiko untuk kelihatan lemah oleh perekabentuk dalam menghasilkan perumahan yang benar-benar menepati aspirasi Pemerintah dalam menyediakan perumahan yang berkualiti. Oleh sebab itu, kajian ini mencadangkan supaya penyataan-penyataan yang digunapakai oleh pembuat dasar perlu ditambahbaik supaya lebih jelas untuk dipatuhi oleh perekabentuk bagi mencipta perumahan yang berkualiti dalam mencapai hasrat Pemerintah untuk menyediakan perumahan yang mampan dan berdaya huni.

Item Type:Article
Additional Information:10.17576/akad-2021-9102-10 DOI not found
Uncontrolled Keywords:dasar perumahan, rekabentuk ruangan perumahan, perumahan B40, senibina ruangan, analisis kandungan
Subjects:N Fine Arts > NA Architecture
T Technology > TH Building construction
Divisions:Built Environment
ID Code:97436
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 07:55
Last Modified:10 Oct 2022 07:55

Repository Staff Only: item control page