Saleh, Nor Shela and Rosli, Mohd. Shafie and Rahman, Riki and Abu Bakar, Thuaibah@Suaibah and Md. Ali, Azlah (2021) Peranan wanita dalam keseimbangan kerja-keluarga berdasarkan perspektif Islam: sebuah kajian literatur sistematik. Journal of Quranic Sciences and Research (JQSR), 2 (1). pp. 8-17. ISSN 2773-5532
Full text not available from this repository.
Official URL: http://dx.doi.org/10.30880/jqsr.2021.02.01.002
Abstract
Perubahan ekonomi mengubah peranan wanita menjadi holistik dan fleksibel dalam keterlibatan sektor pekerjaan. Wanita semakin aktif menceburi pelbagai bidang sama ada sebagai pekerja bawahan atau pengurusan profesional. Permasalahan yang timbul apabila terdapat segelintir wanita berkerjayayang gagal menyeimbangi komitmen kerja dan keluarga. Selain itu, ia menjadi tercetusnya pelbagai kesan sampingan seperti kesihatan mental, ketegangan emosi dan masalah kesihatan secara fisiologi. Justeru, pengkaji menjalankan kajian literatur secara sistematik bagi melihat beberapa pandangan pengkaji lepas berkaitan isu keseimbangan kerja keluarga yang melibatkan wanita termasuklah dalam konteks perspektif islam. Pengkaji menggunakan analisis secara kritikal iaitu meneliti hasil dapatan pengkaji lepas. Forum Ekonomi Dunia menunjukkan Malaysia berada di tempat yang ke 104 dalam indeks jurang Jantina Global 2020. Hasil kajian juga mendapati terdapat banyak faktor yang menjadi punca ketidakseimbangan kerja dan keluarga dalam kalangan wanita berkerjaya. Oleh itu, wanita yang bekerja juga perlu memastikan tanggungjawab terhadap keluarga terus dipenuhi berlandaskan konsep agama. Keseimbangan kerja dan keluarga boleh memberikan kesan yang positif pada kesejahteraan wanita dan menjaga kelestarian prestasi kerja serta komitmen terhadap keluarga.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | keseimbangan kerja-keluarga, undang-undang Islam, kesihatan mental, tekanan emosi, wanita berkerjaya |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 97307 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 28 Sep 2022 07:54 |
Last Modified: | 28 Sep 2022 07:54 |
Repository Staff Only: item control page