Mohamad, Ahmad Marzuki and Wan Embong, Wan Hassan and Safar, Jimaain and Kamarul, Azmi Jasni and Mohamed, Ahmad Kilani (2016) Pelaksanaan atribut perkongsian kepimpinan dalam konsep profesional learning community di sekolah menengah kebangsaan agama. In: International Conference on Islamic Education & Research, 05 Dec, 2016, Langkawi, Kedah, Malaysia.
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.utm.my/icier2016/
Abstract
Konsep Professional Learning Community merupakan satu konsep penambahbaikan pendidikan yang diperkenalkan di negara barat dan didapati telah berjaya meningkatkan pembelajaran pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan atribut Perkongsian kepimpinan dalam konsep Professional Learning Community dalam kalangan kepimpinan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seluruh negara. Kajian secara mixed method ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif melalui soal selidik dan temu bual sebagai asas utama pemerolehan data. Analisis statistik kajian ini menggunakan perisian SPSS ver.18 dan perisian AMOS 18 pendekatan Model Persamaan Struktural. Responden kajian melibatkan seramai 8 orang pengetua dan 610 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terpilih. Dapatan kajian mendapati atribut perkongsian kepimpinan mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu 4.1467. Secara keseluruhannya analisis kajian mendapati kepimpinan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama mempraktikkan atribut perkongian kepimpinan ini di premis mereka. Justeru itu, konsep Professional Learning Community ini dirasakan amat wajar dikembangkan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | RADIS System Ref No:PB/2016/08610 |
Uncontrolled Keywords: | professional learning community |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 67061 |
Deposited By: | Siti Nor Hashidah Zakaria |
Deposited On: | 25 Aug 2017 06:23 |
Last Modified: | 25 Aug 2017 06:23 |
Repository Staff Only: item control page