Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkaitan antara hubungan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen pelajar

Abu Bakar, Maizatul Akmam (2007) Perkaitan antara hubungan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen pelajar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
80kB

Abstract

Bilangan pelajar yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen semakin meningkat dari semasa ke semasa. Banyak aspek dianggap sebagai penyumbang kepada peningkatan ini. Kajian ini memberikan tumpuan kepada tiga aspek iaitu hubungan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan tahap kecerdasan emosi sebagai punca tingkah laku delinkuen pelajar. Hubungan keluarga dilihat pada aspek kemesraan di antara ahli keluarga, kekerapan meluangkan masa bersama ahli keluarga dan sejauh mana ahli keluarga mengambil tahu tentang kegiatan pelajar. Pengaruh rakan sebaya dikaji dari aspek sistem kepercayaan, pengaruh, keinginan untuk bersama dan diterima oleh rakan sebaya. Manakala aspek kecerdasan emosi pula dilihat dari sudut penerimaan pelajar terhadap diri sendiri, pandangan pelajar terhadap orang lain dan bagaimana mereka ingin diri mereka diterima. Responden terdiri daripada 166 orang pelajar tingkatan empat SMK Sri Rahmat, Johor Bahru. Soal selidik telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Jumlah kekerapan, min, sisihan piawai, ujian t dan korelasi digunakan untuk tujuan menganalisis data yang diperolehi. Kajian ini mendapati bahawa tidak ramai pelajar SMK Sri Rahmat yang terlibat dengan salah laku yang tegar. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara tahap hubungan keluarga dan tahap kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen. Manakala terdapat perkaitan di antara hubungan keluarga dengan tahap kecerdasan emosi pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat terutamanya Persatuan Ibu Bapa Guru untuk membantu pelajar mewujudkan persekitaran positif bagi mengelakkan pelajar terjebak dengan gejala sosial dan tingkah laku delinkuen.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr. Azlina bt Mohd Kosnin
Uncontrolled Keywords:T-test, correlation, parents and teacher association
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6596
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:07 Oct 2008 01:18
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page