Yahaya, Azizi and Raja Abd. Rahman, Raja Roslan and Omar, Mohammad Hassan (2008) Permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputra (Tingkatan 4) di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial, 18-19 Aug 2008, Mahkota Hotel Melaka.
|
PDF
2MB |
Official URL: https://www.researchgate.net/publication/255663698...
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru . Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dan Sekolah Menengah Teknik Tanjong Puteri. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 150 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel tidak rawak bertujuan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti terhadap 30 orang responden, dan nilai alpha cronbach adalah 0.87. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Kolerasi Pearson, Anova, Peratus, Min, Sisihan Piawai dan Ujian-t telah digunakan untuk menguji persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan masalah disiplin adalah masalah yang paling dominan diikuti masalah rakan sebaya dan masalah keluarga yang mempengaruhi pencapaian pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera. Walaupun begitu, kesemua masalah di dapati tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik kecuali masalah disiplin. Kajian juga mendapati tahap pencapaian pelajar adalah pada tahap rendah. Kajian juga mendapati bahawa tidak tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin mengikut jantina dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin dikalangan pelajar bumiputera dengan tahap pendidikan ibu bapa. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai tindakan susulan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Permasalahan pembelajaran, pelajar tingkatan 4, sekolah menengah teknik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6250 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 20 Aug 2008 13:18 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 01:35 |
Repository Staff Only: item control page