Othman, Nooraini (2008) Personaliti sebagai teras pembangunan modal insan: aplikasi ummatic personality inventory (UPI). Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 1 . pp. 277-288.
|
PDF
194kB |
Abstract
Islam menggesa umatnya agar berakhlak dengan akhlak yang baik. Islam juga telah menggariskan beberapa prinsip yang dapat menjadi pedoman kepada umat Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai model terbaik. Personaliti Islamik merupakan asas kepada perkembangan tamadun Islam. Ia terbina daripada modal insan yang baik yang dapat menyempurnakan tugas membangun tamadun yang selari dengan hukum Islam. Isu yang terkini merupakan pencarian terhadap cara dan kaedah bagaimana sesebuah negara dapat menghasilkan masyarakat yang memiliki kesedaran yang mendalam terhadap agamanya, perasaan tanggungjawab untuk mencapai paras tertinggi dari aspek etika dan nilai moral dan dalam masa yang sama bersikap dinamik dan berdedikasi terhadap kemajuan. Dimensi rohaniah manusia yang sering diabaikan oleh kebanyakan ahli psikologi barat perlu dikembalikan ke tempat asalnya agar manusia berupaya untuk mencapai perkembangan personaliti yang seimbang dan holistik. Hasil kajian penulis mendapati bahawa di antara dimensi-dimensi penting yang menjadi tunjang kepada pembentukan personaliti manusia dari perspektif Islam adalah Ibadah, Amanah dan Ilm. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tentang aplikasi Ummatic Personality Inventory (UPI) sebagai alat muhasabah diri yang dapat membantu mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri. Bertitik tolak dari itu, alat ini diharap dapat membantu umat Islam untuk mendidik dan memperbaiki kelemahan yang ada demi meningkatkan diri ke arah pembentukan modal insan yang terbaik.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6210 |
Deposited By: | Dr. Nooraini Bt Othman |
Deposited On: | 23 Aug 2011 04:30 |
Last Modified: | 13 Feb 2017 07:25 |
Repository Staff Only: item control page